Tuesday, February 1, 2011

Pahang Daily Online Pohon Maaf Secara Terbuka Kepada Saiful Bukhari


MOHD Saiful Bukhari Azlan (kiri) melihat beberapa dokumen bersama peguamnya, Zamri Idrus selepas memfailkan writ saman terhadap penulis laman blog pahangdaily.com di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
MOHD Saiful Bukhari Azlan (kiri) melihat beberapa dokumen bersama peguamnya, Zamri Idrus selepas memfailkan writ saman terhadap penulis laman blog pahangdaily.com di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
AIDCNews – 31/01/11 – Pahang Daily Online (PDO) memohon maaf secara terbuka kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana pernah menyiarkan enam artikel fitnah ke atas saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua tahun lalu.
Permohonan maaf itu dibuat dalam posting terbaru PDO hari ini bertajuk “Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu”,klik di sini
Enam artikel berkenaan yang disiarkan selepas Saiful membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung dakwaan diliwat telah menyebabkan beliau membuat laporan polis pada 3 Mac 2009 dan kemudiannya tindakan saman terhadap blog ini pada 23 April 2009 terhadap laman tersebut.
Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu, walhal tulisan-tulisan itu hanya fitnah semata-mata. Klik di sini
Ekoran laporan tersebut, blogger Cucumatkilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd Ramli yang merupakan Eksklusif Editor PDO telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
“Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan.
“Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
“Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali“, kata editor blog PDO.

No comments:

Post a Comment