Friday, February 4, 2011

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir – berita mutakhir »

"Balik Ke Rumah Selepas Solat Jumaat" - Pihak Keselamatan Mesir

04 Februari 2011, 15:11:46Go to full article
Shahrizan.jpgKAHERAH, 4 Feb - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menegaskan bahawa seluruh mahasiswa-mahasiswi perlu pulang segera ke rumah masing-masing selepas solat Jumaat pada hari ini.
Tambahnya, beliau mengeluarkan kenyataan tersebut setelah dihubungi oleh Pihak Keselamatan Mesir yang memesan agar seluruh pelajar Malaysia tidak terlibat dengan aktiviti rusuhan yang berlaku di kediaman masing-masing.

Senarai Nama Pelajar Dan Rakyat Malaysia Berlepas Ke Jeddah [KEMASKINI]

04 Februari 2011, 0:31:30Go to full article
PERHATIAN ! AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA, HARAP MAKLUM

KELANTAN/ WILAYAH PERSEKUTUAN/ SELANGOR/ PERAK/ PERLIS/ NEGERI SEMBILAN/ ASRAMA RUMAH MELAYU ABBASIAH
KELANTAN
1.ZATY ASMA' SALSABIELA BT. ZAINONDIN
2.NIK ZAHARAH AKMAL BT. NIK ISMAIL
3.NIK NUR ATIE BT. MOHAMAD ASRI
4.SYAHIDATUL QIATINA BT. SYAHLAN
5.WAN NUR SYAMILAH BT. WAN MOHD NASIR
6.NURUL SHUHADA BT. ABDUL AZIZ
7.IZZATI BT. NAWAWI
8.NOR ASYKIN BT. MUSA

Senarai Nama Pelajar Dan Rakyat Malaysia Berlepas Ke Jeddah [KEMASKINI]

PERHATIAN ! AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA, HARAP MAKLUM
KELANTAN/ WILAYAH PERSEKUTUAN/ SELANGOR/ PERAK/ PERLIS/ NEGERI SEMBILAN/ ASRAMA RUMAH MELAYU ABBASIAH
KELANTAN
1.ZATY ASMA' SALSABIELA BT. ZAINONDIN
2.NIK ZAHARAH AKMAL BT. NIK ISMAIL
3.NIK NUR ATIE BT. MOHAMAD ASRI
4.SYAHIDATUL QIATINA BT. SYAHLAN
5.WAN NUR SYAMILAH BT. WAN MOHD NASIR
6.NURUL SHUHADA BT. ABDUL AZIZ
7.IZZATI BT. NAWAWI
8.NOR ASYKIN BT. MUSA
9.NOR JANNAH BT. ASEK
10.NOR MUSMIRAH BT. CH. MEGAT
11.RAIHAN BT MOHD ZIN@MUHAMAD
12.WAN NUR AMIRAH BT. WAN YUSOFF
13.RADIAH HAMRA BT. SALLEH
14.NOR AIDA BT. MOHAMAD
15.SITI NUR EZAH BT. MAMAT
16.WAN NOOR ANIS FARHANA BT. WAN ABDUL MUNAF
17.NIK NUR SYAMIMI BT. NIK YUSOF
18.NIK SYAMILA BT. NIK YUSOF
19.RAJA ASMA' BT RAJA YUSUFF
20.NOR ASWANIDA BT. MOHD UZITA
21.MURSIDA MUKSIN BT. MUNAWAN
22.ADAWIYAH BT. ISMAIL
23.BALKIS BT. MOHD GHANI
24.NOR HEDAYAH SHUHADA BT. AMARAN
25.NIK NORAYUNI BT. ABDUL RAHIM
26.NUR HIDAYAH BT. MOHD RAFE
27.AZLINA BT. ABDUL RAHMAN
28.SALSABILA BT. HASHIM
29.NUR AZRAH BT. MOKHTAR
30.AWAATIF BT. ISMAIL

Proses Pemindahan Pelajar Dari Mesir Percuma

Proses pemindahan pelajar Malaysia di Mesir dilakukan dengan percuma.
Selain dibekalkan makanan, pelajar yang berada di luar Kaherah ditempatkan di kawasan selamat sebelum dibawa keluar.

Thursday, February 3, 2011

Operasi Piramid Untuk Selamatkan Warga Malaysia Bermula


Misi membawa pulang lebih 14 ribu rakyat Malaysia dari Mesir bermula hari ini dengan 3 pesawat Charlie 130 berlepas ke negara bergolak itu.
Dengan dibantu kapal Bunga Mas 5 yang kini di Teluk Aden, rakyat Malaysia akan dibawa ke Arab Saudi dengan pusat pemindahan di Mekah dan Jeddah.
Satu daripada pesawat Charlie 130 yang dikerah ke Mesir berlepas dari pangkalan TUDM Subang, 4:10 petang tadi.

Pelajar Malaysia jadi macam Tom Hank dalam filem The Terminal di Lapangan Terbang Kaherah


Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah
Ini kisah benar yang menyebabkan kami para media yang buat liputan di Mesir terkejut beruk. Bukan apa, bila dapat tahu, pelajar Malaysia berdemo sama.
Tambah mengejutkan kami bila tahu yang berdemo itu 14 orang yang berumur 19 tahun. Cerita dari mulut ke mulut itu menyebabkan kami yang baru tiba dengan pesawat misi bantuan Air Asia kira-kira jam 4 petang waktu Mesir (10 malam Malaysia) jenuh cari mana budak-budak berani tu.

Pesawat TUDM tunggu kebenaran mendarat

Penunjuk perasaan antikerajaan melontarkan batu ke arah penyokong pro-Mubarak di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. – Reuters
Penunjuk perasaan antikerajaan melontarkan batu ke arah penyokong pro-Mubarak di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. – Reuters
ABU DHABI 3 Feb. – Tiga pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyertai misi pemindahan pelajar Malaysia keluar dari Kaherah, terpaksa menunggu hampir seharian di lapangan terbang antarabangsa di sini hari ini.

ADUN PKR Sri Muda Selangor dihadapkan ke mahkamah Isnin ini

Adun Sri Muda

Adun Sri Muda

Ahli Dewan Undangan PKR kawasan Sri Muda,SelangorShuhaimi Shafiei akan didakwa di mahkamah sesyen Shah Alam Isnin ini dibawah Akta Hasutan kerana tulisan diblognya pada 30 Disember lalu menyentuh Sultan Selangor.Beliau ditahan selama 10 minit selepas tiba di ibupejabat polis Shah Alam 11.15 pagi ini .Beliau didakwa hina Sultan Selangior di laman blog; srimuda.blogspot.com semasa kemuncak krisis lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi-

THE DOMINO EFFECT

1. It looks like the Arab countries are experiencing some kind of revolution. Apparently the people are not happy with the leadership of their largely authoritarian Governments. Equally obviously they want a change of Governments or the leaders.

2. The revolution has succeeded in Tunisia. Now we are seeing upheavals in Egypt.

3. Should these revolutions succeed there would be new Governments. But it is worthwhile to remember that change is not always for the better. It is incumbent upon those bent on effecting change to have some idea about the kind of Governments they want. Otherwise they may get the same kind of Governments that they try so hard to be rid off. This is because most leaders upon achieving power would change and would forget the struggles and sacrifices which enabled them to be in power. Power corrupts as we all know. ……..

Continue reading at chedet blog

Operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari kekacauan di Mesir

Semua penuntut Malaysia di Mesir selamat1:58pm

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Semua penuntut Malaysia di Mesir dalam keadaan sihat dan selamat dan berada dalam kumpulan besar serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail…. Berita Penuh
SEPANG 2 Feb. – Seramai enam orang pelajar Malaysia dari Mesir selamat pulang ke tanah air hari ini selepas menempuh detik yang mencemaskan akibat terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir, selama tiga hari.

Penerbangan ihsan MAS, AirAsia
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penerbangan ihsan oleh syarikat AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) untuk membawa keluar rakyat negara ini dari Mesir, dijadual dilakukan hari ini dan esok.

PUTRAJAYA 2 Feb. – Kesesakan laluan udara di Mesir kini menjadi kekangan utama dalam usaha kerajaan membawa keluar rakyat Malaysia yang berada di negara tersebut.

Tiga pesawat Charlie TUDM laksana operasi pindah pelajar dari Mesir
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Mesir malam ini, akan melaksanakan operasi memindah keluar rakyat Malaysia dari republik bergolak itu secepat mungkin.

PUTRAJAYA 2 Feb. – Hati ibu mana yang tidak risau apabila mengenangkan nasib anak- anak dan menantu yang kini berada di sebuah negara sedang bergolak.
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Kementerian Pengajian Tinggi menegaskan tidak wujud amalan pilih kasih dalam usaha kerajaan untuk membawa pulang para pelajar yang menuntut di Mesir ekoran krisis politik di negara tersebut.

Misi pindah pelajar Mesir sudah ‘ON’…pembangkang pula hanya pandai memekak

KAPAL AUXILIARY TLDM BUNGA MAS 5
KAPAL AUXILIARY TLDM BUNGA MAS 5
Dalam keadaan semua jentera sudah digerakan oleh kerajaan untuk memindahkan segera lebih 11,000 pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir…pihak pembangkang pula kini sibuk ‘mencari nama’ dan membuat dakwaan-dakwaan ‘pakai air liur’ saja untuk mencetuskan kemarahan.
Agendadaily menerima sebilangan SMS dan panggilan dari pembaca yang mempersoalkan sikap ini sedangkan pada waktu yang kalut begini semua patut bersatu mendokong misi yang rumit ini.
Ini bukan satu misi di negara sendiri sebaliknya di rantau orang yang perlu melalui berbagai peraturan dan kebenaran lebih-lebih lagi dalam keadaan di Mesir yang sistem pentabirannya hampir lumpuh akibat demonstrasi raksaksa anti Presiden Hosni Mubarak.

Dr M: Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat – yang disebutnya sebagai ‘Islam Nik Aziz’ – lebih teruk daripada ‘Islam nasionalis’.

“Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis,” kata Dr Mahathir.

Beliau rela mempertahankan (menteri mentor Singapura) Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.”

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, bayangkan sahaja pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng (setiausaha agung), Karpal Singh (pengerusi) dan Lim Kit Siang (penasihat).

“Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew,” sindir Dr Mahathir.

Pada 27 Januari lalu, Utusan Malaysia juga melaporkan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu dengan membandingkan dengan sikap segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

Melayu pecah tiga

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata, hasil perjuangan nasionalisme Melayulah banyak nilai Islam diterapkan dalam pemerintahan jika dibanding dengan pengamalan di zaman British yang mana ramai pembesar Melayu minum arak, pekerja Melayu minum todi dan ramai yang tidak sembahyang.

“Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?” soal Dr Mahathir lagi.

Beliau juga sebaliknya membidas menteri besar Kelantan itu dan PAS yang hasil terbesarnya didakwa memecahbelahkan orang Islam di negara ini, termasuk melalui penubuhan parti Islam itu sendiri.

Sokongan kepada parti Melayu Semangat 46 suatu masa dulu, juga menyebabkan orang Melayu berpecah menjadi tiga.

“Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadikan Pakatan musuh Umnoyang kuat.

“Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal,” coret Dr Mahathir sambil menambah ajaran bahawa orang Islam itu bersaudara tidak dihiraukan oleh Nik Aziz.

Anwar bayar APPC sebanyak USD10juta guna duit Bank Negara Malaysia untuk naikkan imej beliau

Kamaruddin Jaafar, sahabat karib Anwar dilantik Pengerusi IKD (Institut Kajian Dasar) yang bekerjasama dengan Doughlas H. Paal, Pengerusi APPC

 

Oleh GAPNamanya anwar Ibrahim. kami panggil dia anwar attaturk,sempena menghargai jasa dan sumbangannya menjahanamkan islam dan bangsa melayu di malaysia. Pernah membayar sejumlah wang USD 10 juta kepada Douglas H Pal, Pengarah Asia Pacific Policy Center (APPC) pada tahun 1993.

Douglas H Pal adalah seorang yahudi, pernah bertugas di National Security Affair (NSC) dari tahun 1989 hingga 1993. Douglas H Pal menubuhkan Asia Pacific Policy Center (APPC) dengan pengkhususan untuk melaksanakan tugasan melobi.Anwar attaturk membayar APPC sebanyak USD10 juta dengan tujuan menaikkan imej dan nama beliau di negara Amerika, United Kingdom dan negara-negara Eropah.

Anwar attaturk pada masa itu sedang dalam usaha menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, maka APPC telah dibayar dengan sejumlah yang besar dengan tujuan untuk menaikkan imej anwar di kalangan media-media utama barat. Hasil kejayaan membayar pelobi yahudi ini, Anwar pernah mencapai ke tahap di gelar ‘Darling of The West’ dikalangan media barat.

Perhubungan tali barut yahudi bernama Anwar attaturk bersama pelobi yahudi APPC berterusan selepas Anwar berjaya menjatuhkan Ghafar Baba. beberapa dialog telah dijalankan di Malaysia, dengan tujuan untuk menaikkan imej Anwar sekaligus memberikan tamparan buruk kepada Tun Mahathir yang lantang mengkritik polisi Amerika dan Israel tentang isu Palestin.

 

Tuesday, February 1, 2011

Penipuan Nik Aziz : Politik Dalam Membangunkan Negeri Kelantan

Kickdafella
“Apakah sekatan pemberian dan bantuan persekutuan yang didakwa berlaku itu benar-benar berlaku? Bilakah ia berlaku? Adakah sewaktu Anwar Bin Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia?”
Apabila blog ini menyiarkan cabaran dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Bin Maslan terhadap negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, ramai pengkritik Kerajaan berpendapat bahawa ianya satu kenyataan bodoh dan menjijikkan datang dari seorang Timbalan Menteri.
Apa yang Ahmad bin Maslan cadangkan ialah supaya Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperuntukan sendiri subsidi bagi menurunkan harga barang di negeri mereka jika mereka merasakan Barisan Nasional bertindak zalim kerana membenarkan harga Barang Naik.

Ramai juga berpendapat bahawa ianya adalah sesuatu yang melanggar semangat persekutuan dan menuntut supaya Kerajaan Persekutuan memulangkan balik cukai-cukai pendapatan, korporat dan cukai jalan dan sebagainya kepada Negeri-Negeri Pakatan Rakyat bagi mereka melaksanakannya.
Sebenar-benarnya, sebahagian daripada cukai-cukai yang dikutip itu telah dipulangkan kepada setiap negeri dan adalah dianggarkan pada 2011 Negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor menerima hampir RM10 billion dana pembangunan daripada yang di peruntukan kepada Kementerian dan Agensi Kerajaan Pusat. Iaitu menyamai jumlah dana pembangunan yang diterima oleh negeri-negeri lain di Semenanjung yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional.
Ini tidak termasuk jenis-jenis pemberian lain yang dibuat terus oleh Perbendaharaan Malaysia kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan agensi-agensi di bawahnya.
Sebagai contoh terdapat 9 pemberian dan bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan PAS Kelantan seperti yang termaktub dibawah peruntukan perbendaharaan.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kerajaan PAS Kedah pula menerima tambahan masing-masing RM26 juta dan RM10 ribu berdasarkan perjanjian melalui Akta Wilayah Persekutuan dan Perjanjian Penyerahan Pulau Pinang 1896 oleh  Negeri Kedah. Semua itu masing diteruskan.
Bahkan Exco Kewangan dan Pembangunan Ekonomi Kerajaan PAS Kelantan sendiri, YB Husam Musa pernah berjanji sewaktu kempen Pilihanraya Umum ke 12 bahawa Kerajaan PAS Kelantan akan menurunkan harga gas memasak dengan cara negeri mengeluarkan subsidi. Janji ini disaksikan oleh para wartawan di dalam dan luar negara yang membuat liputan sidang media harian itu.
Jika Exco Kewangan Kerajaan PAS Kelantan boleh berjanji mengapa Ahmad Maslan tidak boleh membuat saranan yang sama?
Semalam saya menceritakan bagaimana Menteri Besar Kelantan, Musyidul Am PAS adalah penipu bila mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyekat pemberian dan bantuan kewangan kepada Negeri Kelantan. Hari ini saya akan kemukakan sebahagian bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Nik Aziz sedar bahawa selama ini dia telah menipu.
Rujuk Jadual 4.9 di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang memetik sumber dari Penyata Kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Lihat bilangan 4 yang punca hasilnya ialah PEMBERIAN MENGIKUT RAMAI PENDUDUK. Itu adalah hasil pemberian Kerajaan Persekutuan yang turut dipanggil sebagai Capitation Grant.

Rujuk Jadual 4.10 di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang memetik sumber dari Penyata Kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Lihat bilangan 1 butiran hasil yang tercatat PEMBERIAN KURANGAN. Pemberian Kekurangan Akaun Mengurus (Defisit) adalah satu bentuk geran bertujuan untuk membantu negeri yang mengalami kekurangan wang di dalam akaun mengurus bagi satu-satu tahun. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima RM81.30 juta daripada Majlis Kewangan Negara yang sudah tentu dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri yang di doa supaya perutnya pecah oleh Nik Aziz.




YB. Senator Dato’ Awang Adek, Orang Kuat Kelantan Dalam Kementerian Kewangan
Di dalam Bajet Penyayang Negeri Kelantan bagi tahun 2011, Perolehan Negeri hanyalah RM410.89 juta sedangkan Perbelanjaan Mengurus ialah RM464.13 juta. Ini bermakna ianya mencatat defisit atau kekurangan berjumlah RM53.2 juta.
Dari mana Kerajaan Negeri Kelantan akan mencari sejumlah RM53 juta itu kalau tidak dengan menuntut dari Majlis Kewangan Negara?
Rujuk Jadual 4.10 di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang memetik sumber dari Penyata Kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Lihat bilangan 3 di bawah butiran Hasil bernama PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL. Ini adalah lagi satu bentuk sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu berdasarkan pertambahan hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan. Adakah pertambahan Hasil Persekutuan yang dipungut di Negeri Kelantan untuk melayakkan ia menerima bantuan ini atau ianya adalah kerana pertambahan Hasil Persekutuan  di Negeri Melaka?

Anggaran Hasil Tahun 2011 bagi Negeri Kelantan telah disebut sebanyak RM410.89 juta. Apa yang belum disebut, daripada jumlah itu hanya RM86.64 juta adalah hasil cukai. Manakala sejumlah RM217.49 juta adalah hasil bukan cukai. Dua sumber utama hasil bukan cukai Negeri Kelantan ialah hasil pembalakan / industri perkayuan dan satu lagi ialah hasil yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan diantaranya ialah Capitation Grant.
Hasil terakhir bagi Negeri Kelantan ialah terimaan bukan hasil yang berjumlah RM106.76 juta. Terimaan bukan hasil ini antaranya mengandungi pelbagai wang pemberian dan bantuan yang diterima dari Kerajaan Persekutuan.
Rujuk Jadual 4.8 carta Kutipan Hasil Sebenar Bagi Tahun 2005 Hingga 2009 di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang memetik sumber Penyata Kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Lihatlah sumber-sumber hasil dan terimaan bukan hasil negeri yang di tadbir oleh Parti PAS. Bukankah jelas penipuan oleh Nik Aziz?

Bagi mengelak beberapa putar alam termasuk Nik Aziz sendiri untuk mendakwa bahawa yang mereka maksudkan sebagai menyekat bantuan pusat ke Kelantan ialah di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, saya sertakan di sini cebisan-cebisan daripada Laporan Ketua Audit Negara 2002  yang berhubung kait dengan pemberian dan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Suka diingatkan, di dalam tempoh bermula 1998, Tun Dr. Mahathir Mohamed adalah juga Menteri Kewangan Malaysia.







Apakah sekatan pemberian dan bantuan persekutuan yang didakwa berlaku itu benar-benar berlaku? Bilakah ia berlaku? Adakah sewaktu Anwar Bin Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia?
Boleh jadi dulu Nik Aziz bukan penipu tetapi sejak Anwar Bin Ibrahim bukan Menteri Kewangan Malaysia, Nik Aziz sudah menjadi penipu.

DOA YANG MAKBUL DAN DOA YANG TIDAK DIMAKBULKAN


“Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalam dirinya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama  ada doa itu disegerakan makbul atau disimpan untuk  diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan  keburukan yang sepadan dengan doa tadi.” ( Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih ).
Maka, Ada sebahagian doa kita diterima oleh Allah di dunia. Ada doa yang tidak diberi disebabkan hikmah yang tersembunyi, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan suatu yang lebih baik. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga.
Dari sabda Baginda SAW yang bermaskud: “Tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak ialah pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga ia berbuka dan doa orang yang teraniaya”. ( Riwayat Ahmad, At-Tarmizi, Ibnu Majah ).
Dari Syaqiq Al Balkhi berkata: “Suatu hari Ibrahim Bin Adham ( Abu Ishaq ) berjalan di pasar Basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: “Ya Abu Ishaq, Allah berfirman;
bermaksud  “Mintalah olehmu sekalian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan.” Ibrahim bin Adham menjawab: “Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara.”
1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi  masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.
5. Kamu menyatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
6. Kamu menyatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7. Kamu menyatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka
Sekiranya doa tidak dimakbulkan maka janganlah kita menyalahkan takdir atau menuduh-nuduk orang lain menjadi sebab kepada doa tidak dimakbulkan.

Pahang Daily Online Pohon Maaf Secara Terbuka Kepada Saiful Bukhari


MOHD Saiful Bukhari Azlan (kiri) melihat beberapa dokumen bersama peguamnya, Zamri Idrus selepas memfailkan writ saman terhadap penulis laman blog pahangdaily.com di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
MOHD Saiful Bukhari Azlan (kiri) melihat beberapa dokumen bersama peguamnya, Zamri Idrus selepas memfailkan writ saman terhadap penulis laman blog pahangdaily.com di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
AIDCNews – 31/01/11 – Pahang Daily Online (PDO) memohon maaf secara terbuka kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana pernah menyiarkan enam artikel fitnah ke atas saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua tahun lalu.
Permohonan maaf itu dibuat dalam posting terbaru PDO hari ini bertajuk “Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu”,klik di sini
Enam artikel berkenaan yang disiarkan selepas Saiful membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung dakwaan diliwat telah menyebabkan beliau membuat laporan polis pada 3 Mac 2009 dan kemudiannya tindakan saman terhadap blog ini pada 23 April 2009 terhadap laman tersebut.
Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu, walhal tulisan-tulisan itu hanya fitnah semata-mata. Klik di sini
Ekoran laporan tersebut, blogger Cucumatkilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd Ramli yang merupakan Eksklusif Editor PDO telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
“Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan.
“Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
“Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali“, kata editor blog PDO.