Monday, September 13, 2010

Pemimpin negara yang berprofil tinggi terlibat kes pembunuhan Sosilawati – Mahfuz







Kenyataan dari Naib Presiden parti PAS yang anaknya meringkuk dalam penjara kerana kes dadah.








JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.



"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.



Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.



Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam  bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.



"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.



Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

Kes Sosilawati mirip kekejaman pembunuhan Altantuya






Kenyataan yang lebih kepada membuat persepsi buruk kepada kerajaan. Bukannya berniat ikhlas untuk ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengutuk perbuatan penjenayah.

KENYATAAN MEDIA

13 SEPTEMBER 2010

Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Binti Lawiya Abdullah Yusof, pemandu, pegawai bank dan peguam beliau dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar yang berakhir dengan berita kematian keempat-empat mereka di Morib dua hari lepas, Wanita Keadilan mengecam perbuatan terkutuk ini sebagai sesuatu yang kejam dan zalim. Wanita Keadilan juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini.Perasaan hormat kapada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis.


Sebelum ini negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Saribbu beberapa tahun yang lalu.Beliau dibunuh secara kejam dengan letupan bom.Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan rakyat di negara ini khususnya wanita makin tidak terjamin. Akibat daripada sikap lepas pandang dan tidak komitednya PDRM dalam membuat siasatan dan kegagalan menangkap penjenayah sebenar dalam kes Altantuya, menyebabkan ada pihak yang begitu berani mengambil kesempatan atas ketidakmampuan PDRM menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dan juga beberapa kes lain yang melibatkan wanita .Masihkah kita ingat kes pembunuhan Mustakhizah. Jenayah ini berulang lagi hari ini akibat kegagalan kita sendiri memilih kerajaan yang telus, berwibawa, amanah yang tidak mempergunakan institusi kerajaan untuk kepentingan peribadi.

Oleh itu Wanita Keadilan mengecam kes pembunuhan ini dan menyampaikan perasaan simpati dan takziah kepada keluarga allayarhamah dan 3 yang lain. Wanita Keadilan mengharapkan satu bentuk tindakan yang tegas oleh pihak PDRM dan berharap Ketua Polis yang baru dilantik dapat membawa perubahan dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia sekaligus menyegerakan siasatan dan mengheret semua mereka yang bersalah ke muka pengadilan.


YB Hajjah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia

Saturday, September 11, 2010

4 mayat rentung dipercayai Sosilawati ditemui di Morib



Mayat yang ditemui dipercayai Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.


Pihak polis masih menunggu keputusan bedahsiasat dan ujian DNA.


Terkini: Pihak polis dilihat mengepung kawasan kejadian Jalan Tanjung Layang yang terletak 11 km dari Tanjung Sepat dan sedang menunggu kehadiran pakar forensik yang dijangka tiba jam 8 pagi nanti.


Orang ramai dan pihak media tidak dibenarkan menghampiri kawasan tersebut.


Polis telah menahan enam orang termasuk seorang Peguam yang bergelar Datuk. Hasil soal siasat, Polis telah perolehi maklumat bahawa kesemua empat mangsa telahpun dibunuh.


Peguam yang bergelar Datuk yang berusia 40an itu merupakan antara suspek utama kerana beliau adalah orang terakhir yang dilaporkan ditemui oleh keempat-empat mangsa.


“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya.


Difahamkan, dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun beliau menafikan semua dakwaan itu.


“Maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan,” katanya sambil menyatakan kemungkinan Sosilawati dan tiga individu itu menjadi mangsa sindiket terbabit.


Difahamkan, dia sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan pada Selasa lalu, termasuk mengenal pasti bentuk pembabitannya dalam urus niaga berkenaan dan hubungannya dengan keempat-empat mangsa, manakala pergerakannya sedang dipantau.

Friday, September 3, 2010

HUDUD oh HUDUD – Sampai Bila Nak diJadikan Permainan Politik



Korang Baca kenyataan Zulkifli Nordin
MUFARAQAH LAH!





Lepas tu korang baca pulak pencacai ni bersilat.


Hudud tidak semestinya dilaksana – Pas
Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah

dan

Hudud: Jangan bercakap kalau tak faham
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat

Pas desak Azizan
Azizan pula tunggu Kelantan buat dulu