Friday, February 4, 2011

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir – berita mutakhir »

"Balik Ke Rumah Selepas Solat Jumaat" - Pihak Keselamatan Mesir

04 Februari 2011, 15:11:46Go to full article
Shahrizan.jpgKAHERAH, 4 Feb - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menegaskan bahawa seluruh mahasiswa-mahasiswi perlu pulang segera ke rumah masing-masing selepas solat Jumaat pada hari ini.
Tambahnya, beliau mengeluarkan kenyataan tersebut setelah dihubungi oleh Pihak Keselamatan Mesir yang memesan agar seluruh pelajar Malaysia tidak terlibat dengan aktiviti rusuhan yang berlaku di kediaman masing-masing.

Senarai Nama Pelajar Dan Rakyat Malaysia Berlepas Ke Jeddah [KEMASKINI]

04 Februari 2011, 0:31:30Go to full article
PERHATIAN ! AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA, HARAP MAKLUM

KELANTAN/ WILAYAH PERSEKUTUAN/ SELANGOR/ PERAK/ PERLIS/ NEGERI SEMBILAN/ ASRAMA RUMAH MELAYU ABBASIAH
KELANTAN
1.ZATY ASMA' SALSABIELA BT. ZAINONDIN
2.NIK ZAHARAH AKMAL BT. NIK ISMAIL
3.NIK NUR ATIE BT. MOHAMAD ASRI
4.SYAHIDATUL QIATINA BT. SYAHLAN
5.WAN NUR SYAMILAH BT. WAN MOHD NASIR
6.NURUL SHUHADA BT. ABDUL AZIZ
7.IZZATI BT. NAWAWI
8.NOR ASYKIN BT. MUSA

36 Orang Terkandas Mendapat Bekalan Makanan Ringan

03 Februari 2011, 19:00:44Go to full article
KAHERAH, 3 Feb - PMRAM hari ini terus menabur bakti kebajikan dalam membantu mahasiswa Mesir. Kemelut yang melanda kestabilan politik Mesir sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa urusan tergendala sementara waktu.

Mahasiswa Malaysia Digesa Mengikut Arahan Perintah Berkurung

03 Februari 2011, 14:08:36Go to full article
Shahrizan.jpgKAHERAH 3 Feb - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin  Mohd Hazime menggesa seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir agar mengikut arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak PMRAM.

Krisis Politik Mesir : PMRAM Ucap Terima Kasih Kepada ILMAM

03 Februari 2011, 13:46:03Go to full article
namav.jpgKAHERAH 3 Feb - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime mengucapkan jutaan terima kasih terhadap Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) kerana begitu mengambil berat terhadap keadaan dan situasi mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir.

Krisis Politik Mesir : PMRAM Terus Bergerak

03 Februari 2011, 2:31:14Go to full article
KAHERAH, 2 Feb - Dalam menghadapi krisis politik  berkaitan demonstrasi dan rusuhan yang berlaku di Mesir, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) tetap menjalankan gerak kerja secara kolektif untuk menghadapi apa jua masalah-masalah yang berlaku sepanjang tempoh rusuhan yang telah bermula sejak 28 Januari lepas.

Pejabat PMRAM Pusat Tempat Salur Maklumat Kepada YDP BKAN Dan Pengerusi DPM

03 Februari 2011, 1:55:04Go to full article
KAHERAH, 2 Feb - PMRAM mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah darurat yang melanda negara Mesir. PMRAM sepanjang kemelut ini bertindak sebagai pusat maklumat hasil dari kerjasama makluman dari Pihak Keselamatan Mesir, Polis, Tentera dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Media Perlu Saring Berita

03 Februari 2011, 0:21:34Go to full article
KAHERAH, 2 Feb - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggesa kepada pihak media di Malaysia supaya memastikan kebenaran berita yang diperolehi tentang keadaan pelajar Malaysia di sini.

Isu Penangguhan Pengajian Di Al-Azhar Selama Setahun Masih Belum Ada Keputusan

02 Februari 2011, 23:46:32Go to full article
KAHERAH, 2 Feb – Hari ini pelbagai desas-desus berhubung isu penangguhan pengajian selama 1 tahun di Universiti Al-Azhar yang dilaporkan oleh sesetengah media massa Malaysia berikutan ketidakstabilan politik di negara Mesir.

Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat

02 Februari 2011, 23:33:56Go to full article
KAHERAH, 2 Feb - Pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Mesir pada ketika ini dalam keadaan selamat berikutan krisis politik yang melanda negara ini semenjak 25 Januari lalu.
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sehingga kini menjalinkan hubungan kerjasama yang baik dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dalam menyalurkan maklumat berkaitan keselamatan pelajar.

No comments:

Post a Comment