Thursday, December 30, 2010

Orang kuat PKR tumbang dalam pemilihan MTUC


Dua orang kuat PKR tumbang dalam pemilihan jawatan utama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).


Syed Shahir Syed Mohamud (gambar) yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan PKR dan Ketua cabang Kelana Jaya parti itu gagal mempertahankan jawatan sebagai Presiden MTUC yang disandangnya selama dua penggal.


Timbalan beliau sebelum inim Mohd Khalid Atan yang mahu kongres tu bebas dari pengaruh politik menang jawatan itu.


Mohd Khalid mendapat 255 undi sementara Syed Shahrir 213 undi.


Sementara itu Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang merupakan regu Syed Shahrir tewas dalam pemilihan jawatan Setiausaha Agung MTUC.


Jawatan itu dimenangi oleh, Abdul Halim Mansur.Beliau mendapat 188 undi manakala Abdullah 165.


Seorang lagi calon J Soloman dapat 117 undi.


Syed Shahrir mengetuai MTUC pada tahun 2004 apabila beliau menewaskan Datuk Zainal Rampak. Jawatan Timbalan Presiden MTUC juga dimenangi oleh regu Mohd Khalid.


Mohd Jaafar Abdul Majid mendapat 170 undi menewaskan dua calon lain P Maniam 157 undi dan Abdul Razak Md Hassan 140 undi.


MTUC mempunyai 500,000 ahli di seluruh negara.


Pemilihan MTUC dijalankan di Bangunan Ladang, Petaling Jaya.-29/12/2010


Agendadaily

Wednesday, December 29, 2010

Amalan Lazim Perlantikan SUK


Constitution vis-a-vis Constitutional Convention




[caption id="attachment_712" align="alignleft" width="205" caption="Setpol pun pakai baju istiadat?"][/caption]

Bagi yang belajar undang-undang Perlembagaan pastinya familiar dengan apa yang dipanggil sebagai amalan lazim atau Constitutional Convention. Adakalanya sesuatu itu tidak dinyatakan secara bertulis dalam Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang detail. Kalau Perlembagaan itu ditulis secara detail, perlembagaan itu akan menjadi satu dokumen yang amat tebal.


Kini telah timbul mengenai perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti di Negeri Selangor menyatakan bahawa perlantikan itu adalah dibawah bidangkuasa Pesuruhjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia yang hanya memerlukan pekenan dari DYMM Sultan. SPA adalah diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).


Selangor, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan adalah asalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutuan (Federated Malay States) dan telah termaktub bahawa jawatan-jawatan SUK, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dilantik oleh SPA atas pekenan DYMM Sultan. Ketiga-tiga pegawai kanan ini adalah juga merupakan Ex-officio members of the Executive Councillors (EXCO) Kerajaan Negeri. Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan DYMM Sultan. Pada lazimnya pula, mereka mengangkat sumpah kerahsiaan sebagai ahli EXCO di hadapan YAB Menteri Besar sebelum hadir menjalankan tugas sebagai ahli EXCO.


Apabila kita menyebut perkataan "lazimnya" seperti yang disebut diatas, itulah contoh yang paling mudah untuk memahami apa ertinya perkataan Constitutional Convention atau Amalan Lazim atau ada juga diistilahkan sebagai Konvensyen Perlembagaan. Constitutional Convention ini adalah berakar umbi dari amalan kerajaan Westminster British.


Adakah ianya juga amalan lazim bagi perlantikan 3 pegawai kanan kerajaan Negeri dirujuk juga kepada Menteri Besar? Kita perlu terima bahawa itu adalah amalan lazimnya. Menteri Besar selalunya dirujuk serta dimaklumkan mengenai perlantikan atau cadangan perlantikan mereka. Ini adalah perlu kerana pekenan DYMM itu mesti juga diatas nasihat YAB Menteri Besar. DYMM Sultan adalah menjalankan pemerintahannya diatas nasihat Menteri Besar. Perkara ini juga termaktub didalam Undang-undang Tubuh Negeri kecuali beberapa perkara yang dinyatakan dengan jelas bahawa DYMM Sultan mempunyai budibicara mutlak.


Terdapat juga apa yang disebut sebagai Parliamentary Convention yang mana selalu dirujuk apabila menyelesaikan sesuatu perkara yang berkaitan perjalanan parlimen yang tidak termaktub secara jelas dalam mana-mana peraturan atau undang-undang yang tersedia.


Atas hujah yang dikemukakan, saya dapati apa yang berlaku di Selangor tidaklah salah disegi peruntukan Perlembagaannya, tetapi nampaknya amalan lazim yang selama ini terpakai dan digunakan sudah tidak lagi diikuti. Atas hal yang demikian, akan berlakulah keadaan dimana Menteri Besar terpaksa berhadapan dengan ahli EXCO yang tidak disukainya.


Namun demikian, kalau bantahan yang dibuat oleh Menteri Besar itu hanya berdasarkan tanggapan bahawa SUK yang dilantik itu adalah seorang yang tidak sehaluan politik dengan beliau, bantahan Menteri Besar itu adalah tidak berasas kerana selaku SUK, beliau tidak seharusnya ada inclination politik dalam menjalankan tugas. Pegawai kerajaan adalah seharusnya bersikap professional dalam menjalankan tugas. Ketegasan dan integrity menjalankan tugas adakalanya terpaksa membantah kehendak atau keputusan Menteri Besar yang tidak menepati undang-undang yang berkuatkuasa. Mereka sepatutnya menjalankan tugas atas prinsip "Without fear or favour"


Perlu juga diingat bahawa pegawai kerajaan tidak dipilih melalui peti undi Pilihanraya. Menteri Besar boleh bertukar ganti atas keputusan pilihanraya, tetapi tidak pegawai kerajaan.


Facebook Tok Sham

Tuesday, December 28, 2010

SUK Selangor : Kenapa Mereka Takut Sangat ?


Pada bulan julai yang lepas Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim telah membawa satu usul di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk melantik Adun BN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC).

Pada masa itu, Adun BN menolak jawatan itu kerana ianya dibuat atas faktor politik. Walaupun Adun BN menolak, tetapi kerajaan Selangor bersungguh-sungguh juga untuk melantik Adun BN ke jawatan itu. Sini

Tolak punya tolak, mereka tak peduli, mereka nak lantik juga. Akhirnya mereka membawa usul itu ke persidangan Dun dan akhirnya diluluskan juga.

Setelah diluluskan di Dun, Adun BN tersebut masih menolak lagi jawatan berkenaan. Kemudian Speaker Dun Selangor beritahu, Adun BN tidak boleh menolak jawatan itu kerana keputusan melantiknya diputuskan oleh ahli-ahli dewan.

Pada masa pengundian dilakukan, adun-adun PKR,Pas dan DAP memberi sokongan padu kepada Adun BN. Manakala Adun-Adun BN yang lain membantah dan semasa undian dijalankan mereka menolaknya. Sini dan sini

Akhirnya Adun BN tewas di tangan kerajaan negeri. Beliau terpaksa menerima perlantikan itu. Sungguh luar biasa sokongan yang diberikan oleh kerajaan negeri pada masa itu. Mereka bermati-matian mahukan Adun BN memegang jawatan itu.

Selepas selesai perlantikan, maka bermulalah episod jual ubat di pihak kerajaan negeri.

Kata mereka,



Lantikan anggota pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negeri (PAC) membuktikan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan budaya politik kedurjanaan dan mampu bekerjasama dengan semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun demi kebaikan dan kesejahteraan negeri dan rakyat Selangor.

Sumber dan sambungannya: Klik di sini

Itu sikap dan kata-kata mereka lima bulan lepas.

Tetapi hari ini, lain sudah jadi.

Sekelip mata mereka berubah.

Semalam Ketua Setiausaha Negara mengumumkan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Tiba-tiba sahaja kerajaan negeri dan parti-parti mereka menjadi kelam kabut seperti kucing kehilangan anak.

Mereka membantah perlantikan itu. Tidak tahu dimana silapnya dan kenapa mereka takut sangat dengan Datuk Khusrin. Sedangkan beliau bukan ahli mana-mana parti. Beliau adalah seorang kakitangan kerajaan.

Jika Adun BN kamu boleh lantik dan mengatakan kamu bersikap terbuka, mengapa Datuk Khusrin seorang kakitangan kerajaan dan tidak mewakili mana-mana parti kamu bantah ?

Ayuh Khalid, tunjukkan sikap terbuka kamu seperti mana yang kamu laungkan selama dulu.

Kepada rakan-rakan sekalian, mereka cukup-cukup takut dengan perlantikan tersebut bukan kerana apa, tidak lain tidak bukan kerana Datuk Khusrin seorang yang komited dalam menjalankan tugas. Beliau jujur dan tidak suka pusing-pusing atau bersekongkol dengan perkara yang mungkar.

Jika Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini benar-benar sebuah kerajaan yang telus dan bersih mereka tidak perlu takut dengan perlantikan itu. Ini tidak, kita boleh lihat mereka punya gelabah lain macam sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh KSN. Seolah-olah ada sesuatu yang hendak disorokkan.

Khalid Ibrahim mengatakan beliau tidak pernah diberitahu tentang perlantikan itu. Bohong , percayalah cakap saya dia berbohong. Tiga bulan lepas lagi dia sudah tahu tentang perkara itu.

Sekarang dia cuba nak bermain wayang pula, kononnya dia tidak tahu.

Sekarang ini terimalah perlantikan Datuk Khusrin dengan dada yang terbuka sebagaimana kamu melantik Adun BN sebagai Pengerusi PAC. Sila tunjukan sikap kamu yang mampu bekerjasama dengan semua pihak hatta Barisan Nasional sekali pun.


Baca seterusnya di Ruang Bicara Faisal

Monday, December 27, 2010

Al-Fatihah: Nik Aziz Meninggal Dunia

Dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali menemui Allah yang maha pencipta. Marilah sama-sama kita doakan semoga urusan kuburnya dipermudahkan serta rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya.



Sumber : Utusan Online, sila klik di sini

1Malaysia: Makkal Sakti serah memo kepada MB

[caption id="attachment_696" align="alignleft" width="150" caption="Sumber: Utusan Online"]Sumber: Utusan Online[/caption]

SHAH ALAM 27 Dis. — Berlaku sedikit kekecohan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini apabila empat anggota Pemuda Parti Makkal Sakthi Malaysia (MMSP) gagal menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantah larangan penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan.


Kejadian itu berlaku pada kira-kira 12.30 tengah hari apabila kumpulan itu bertikam lidah dengan pegawai media di pejabat Menteri Besar Selangor, Tuan Nazuri Tuan Ismail yang menerima memorandum itu bagi pihak Menteri Besar.


Setiausaha Agung MMSP, S. Sutager memberitahu pemberita, pergerakan Pemuda parti amat kecewa kerana mereka tidak dapat menyerahkan memorandum itu kepada Abdul Khalid atau Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu.


“Abdul Khalid atau Ronnie sendiri sepatutnya menerima memorandum ini daripada kami jika mereka ikhlas dalam memperjuangkan hak demokrasi dan kebebasan di negara ini,” katanya.


Beliau berkata rakyat secara sukarela telah menerima slogan 1Malaysia sebagai hak mereka dan bukannya milik mana-mana parti politik.


"Sepertimana ditegaskan oleh Perdana Menteri, konsep 1Malaysia ialah untuk pembinaan negara bangsa dan bukan untuk tujuan politik,” katanya.


Memorandum tiga muka surat itu antara lain menggesa kerajaan pakatan pembangkang Selangor menarik balik larangan itu yang kini dilaporkan larangan itu dibekukan sementara menunggu kajian mengenainya dibuat.


Kerajaan negeri Selangor melarang penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan dalam iklan perniagaan.


Liu berkata logo dan slogan 1Malaysia merupakan mesej politik daripada kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dan tidak dibenarkan oleh undang-undang kecil kerajaan tempatan.


Presiden MMSP, R. S. Thanenthiran berkata, kerajaan negeri Selangor tidak sepatutnya bermain politik dalam soal perpaduan rakyat dengan melarang penggunaan simbol 1Malaysia di papan iklan dan iklan di seluruh negeri kerana ia bercanggah dengan semangat demokrasi dan kebebasan.


"Perdana Menteri ialah untuk semua orang dan sebarang ideologi atau konsep diperkenalkan oleh beliau sepatutnya diterima dengan baik tanpa sebarang prejudis. Saya berpendapat (pemimpin) kerajaan negeri Selangor patut mengikuti kursus khas untuk mempelajari mengenai konsep 1Malaysia,” katanya.


Sementara itu, Tuan Nazuri berkata kerajaan negeri Selangor akan membincangkan larangan penggunaan logo 1Malaysia pada mesyuarat Exco Rabu ini.


Terdahulu, kira-kira 50 anggota MMSP dan orang awam berhimpun di luar bangunan SUK pada kira-kira 11.15 pagi dan melaungkan slogan mengkritik Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu daripada parti dalam pakatan pembangkang yang mentadbir Selangor.


Bagaimanapun keadaan adalah terkawal dengan dipantau anggota polis. Kumpulan itu bersurai pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari. - Bernama

Najib kekal ketuai UMNO Selangor manakala Muhyiddin Wilayah Persekutuan…

Aagendadaily

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kekal mengetuai UMNO Selangor manakala timbalannya ,Tan Sri Muhyiddin Yassin di Wilayah Persekutuan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mengumumkannya dalam sidang akhbar di ibupejabat UMNO petang Isnin memberitahu Menteri Besar Terengganu,Datuk Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu ganti Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Di Kedah,Ketua UMNO Bahagian Alor Setar ,Datuk Ahmad Bashah ganti Datuk Shafie Apdal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Manakala di Pulau Pinang,Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal dilantik ganti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Di Perlis,bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang kekal diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Isa Sabu.

Ahli Parlimen Jerlun,Datuk Mukhriz Mahathir di Kedah manakala Datuk Musa Sheikh Fadzir di PulauPinang.

Di Terengganu,Yahaya Khatib Mohamad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri itu.

Di Selangor ,Menteri Pertanian dan Asas Tani ,Datuk Noh Omar kekal sebagai Timbalan Pengerusi.

Begitu juga di Wilayah Persekutuan,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Raja Nong Chik.

Lain-lain negeri jawatan pengerusi dan timbalan kekal disandang oleh mereka yang dulu.
Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor .





Perlis

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu

Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)
Kedah


Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)

Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)
Pulau Pinang


Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)

Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)
Perak

Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Selangor


Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan : Datuk Seri Noh Omar
Wilayah Persekutuan


Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidinz
Negeri Sembilan


Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor
Melaka


Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop

Johor


Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman

Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad
Pahang

Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

Terengganu

Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)

Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru)

Kelantan

Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin
Sabah


Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman

Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak -

Skandal Selangor: Pakatan Merompak Harta Anak Yatim

Masih ingat pendedahan Mykmu mengenai skandal kewangan Yayasan Selangor yang antaranya ialah mengenai kos majlis perasmian Asrama Maahad Tahfiz Kiblah di JALAN AMPAR TENANG, BATU 31, KAMPUNG SEMARANG 43800 DENGKIL SELANGOR DARUL EHSAN?


Yayasan Selangor dikatakan memperuntukkan sebanyak RM 40 ribu untuk majlis perasmian Asrama ini yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Persoalan yang Mykmu timbulkan ketika itu ialah mengapa Yayasan memberi peruntukan sedemikian besar untuk majlis perasmian sebuah sekolah swasta yang tidak ada kena mengenai dengannya?


Menurut maklumat yang kami terima kos ini dibayar terus kepada SDF Media & Events. Syarikat ini juga telah menerima projek sambutan hari raya Yayasan Selangor secara runding terus dengan kontrak bernilai RM 320 ribu.


Namun isu Asrama Ampar Tenang ini jauh lebih besar daripada isu kos perasmian sekolah swasta yang dibiayai oleh Yayasan Selangor.


Asrama Ampar Tenang ini dibina oleh Yayasan Selangor semasa pemerintahan Barisan Nasional untuk dijadikan sebuah seolah berasrama penuh untuk anak-anak yatim. Ini bertujuan memberi peluang kepada anak-anak yang tiada ibu bapa memperolehi pendidikan yang baik seperti anak-anak keluarga lain.


Malangnya, apabila asrama ini siap, kerajaan negeri telah berubah kepada Pakatan Rakyat dan kepimpinan Yayasan Selangor juga telah bertukar kepada kroni Pakatan. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat Asrama ini tidak sewajarnya menjadi sebuah Sekolah Berasrama Penuh untuk anak-anak yatim negeri Selangor kerana ia hanya merugikan Yayasan, kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat.


Seperti mana penutupan IKYS di Sabak Bernam sebelum ini bagi membolehkan kroni mereka mengambil alih pengurusan bangunan tersebut pada masa akan datang, demikian jugalah apa yang berlaku kepada Asrama ini.


Asrama ini telah disewa sebanyak RM 20 ribu sebulan kepada Yayasan Yakin yang mempunyai lesen untuk menjalankan pendidikan swasta di bawah jenama Kiblah. Yayasan ini mempunyai hubung kait dengan beberapa individu yang bersimpati dan menyokong Pas dan PKR.


Kita tidak mempertikaikan hasrat dan cita-cita Yayasan Yakin untuk mengadakan pendidikan Islam. Itu adalah hak mereka.


Jika tidak asrama ini pun mereka boleh sewa di tempat lain tetapi harganya mungkin lima enam kali ganda daripada kos sewa ala kroni dari Yayasan Selangor ini.


Yang dipertikaikan ialah mengapa Yayasan Selangor sanggup mengambil hak dan keperluan anak-anak yatim di Selangor dan menggadaikan kepada institusi lain yang ada kepentingan dan tujuan lain?


Jika semuanya berasaskan untung rugi maka Yayasan Selangor harus ditukar kepada syarikat Sendirian Berhad bukannya lagi sebuah yayasan seperti sekarang.


Jika penutupan IKYS mengambil dan merampas hak milik pelajar luar bandar yang ingin belajar kemahiran, penyewaan Asrama Ampar Tenang ini lebih dahsyat lagi. Ia merampas hak anak-anak yatim di Selangor.


Ini dilakukan secara terang-terangan dengan restu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Y.B. Dr. Halimah Binti Ali (PAS) dan Tan Sri Khalid Ibrahim yang merasmikan pembukaan Asrama Ampar Tenang Kiblah.


Kalau Khalid memang jahil agama, tapi alangkah hinanya Dr. Halimah apabila tenggelam dek kerakusan kuasa sehingga sanggup merampas hak anak-anak yatim.


Lupakah beliau terhadap firman Allah, “Sesungguhnya orang -orang yang memakan harta akan-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nya”. ( Surah An-Nisa : Ayat 10)


Sumber: MyKMU.net

Sunday, December 26, 2010

Pengumuman penting oleh Setiausaha Agung UMNO Malaysia

Setiausaha Agong UMNO Malaysia dijangka mengadakan sidang akhbar pagi ini (27/12/2010). Sidang akhbar tersebut dijangka bagi mengumumkan rombakan peringkat pegawai dan pengurusan UMNO Malaysia. Agak aneh kerana pengumuman itu kebiasaannya (bukan semestinya) diumumkan oleh Presiden Parti UMNO sendiri tetapi kali ini dibuat oleh Setiausaha Agong.



Dato' Rauf
Dato' Rauf, Setiausa Kerja UMNO Malaysia

Pengumuman penting yang dijangka mungkin mengenai pertukaran jawatan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Dato' Rauf yang akan digantikan oleh orang lain. Setiausa Agong UMNO Malaysia sebelum ini seperti dipinggirkan kerana Setiausaha Agong yang sepatutnya menerima arahan dari Setiasusaha Agong di lihat sering menonjolkan diri dan membelakangi 'Boss' beliau. Sejak selepas PRK Hulu Selangor Setiausaha Kerja dilihat mula kurang diberikan terutama dalam PRK Sibu, Galas dan Batu Sapi. Bukan lagi rahsia dikalangan kakitangan dan pihak pengurusan UMNO Malahsia, Dato' Rauf tidak sebulu deengan boss beliau sendiri.


Besar kemungkinan jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga akan berlaku perubahan. Dato' Ahmad Maslan




Dato' Ahmad Maslan
Dato' Ahmad Maslan


berkemungkinan besar di gantikan oleh muka baru. Antara nama yang disebut-sebut bakal menggati beliau adalah Dato' Seri Idris Jusoh. Ahmad Mazlan munkin perlu menumpukan kepada hal-hal berkaitan Felda.


Besar kemungkinan dalam sidang akhbar itu Setiausaha Agong mengumumkan perletakkan jawatan bliau kerana tidak tahan dan meluat dengan kerenah Setiausaha Kerja. Apa-apa pun boleh berlaku pagi nanti.


Bersama-samalah kita nantikan pengumuman belia pagi nanti.

Bersumpah lah kalau tak salah. Berani kerana benar

















Saturday, December 25, 2010

GOBALA OH GOBALA!!




[caption id="attachment_660" align="alignnone" width="150" caption="(Ammaaa..apppaa..Anwar sudah auta sama saya)"][/caption]

Salam 2 all.

Teman kasihan melihat rakan teman YB Gobalakrishnan yang nampak gayanya sudah mula akan menjadi korban "kambing hitam". Dalam satu kenyataan yang mengejutkan semasa pemilihan PKR, YB Gobala mendedahkan bagaimana Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali memanggil beliau sebagai "pariah". Beliau menyifatkan Azmin sebagai rasis.


Terbaru, YB Gobala membuat kenyataan semalam bahawa pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan mengamalkan "politik pecahbelah" dan "Anwar dan Azmin membenci beliau kerana tidak hipokrit". Dan YB Gobala berkata beliau bersedia dikenakan tindakan disiplin "walaupun saya tahu kebanyakan mereka yang dipecat atau dikenakan tindakan sebelum ini tidak diberi peluang membela diri" (sila ikuti lapuran penuh yang teman siarkan dibawah).


Pada teman, apa yang berlaku sekadar mengesahkan apa yang teman sebut sebelum ini, iaitu politik Anwar dan PKR adalah politik yang diasaskan kepada elemen pembohongan dan cakap tak serupa bikin..semuanya untuk tujuan memahkotakan pemimpin anugerah tuhan ini di Putrajaya.


Kata bahasa undang-undang, res ipsa loquitur, things speak for itself, fakta itu berkata sendiri. Apa yang penting rakyat menyedari mainan politik kotor dan sempit Anwar dan PKR dan menolak mereka.


Dan kepada rakan saya YB Gobala, tunggu apa lagi Brader. Abang Zaid sudah ada parti baru. Susah-susah join parti tupperware ajelah.


Adios amigos.


Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
19 Muharram 1432
24 Disember 2010


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
(Lapuran akhbar The Star hari ini)


PETALING JAYA: Padang Serai MP N. Gobalakrishnan has dropped hints that he might lower his profile in PKR over disputes with the party leadership.


He openly voiced his disillusionment with the party leadership through series of tweets yesterday.


In one tweet, Gobalakrishnan said that party adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim was playing divisive politics in Selangor, and that such politicking had been Anwar’s strength since his university days.


In another tweet, he announced that he was distancing himself from Anwar and deputy president Azmin Ali, who according to him, was the favourite to be the next Selangor mentri besar.


He also tweeted that “Anwar and Azmin do not like me because I am not a hypocrite”.


He criticised the party leadership, saying the exco members were busy talking about economics and international issues when the poor in Selangor were being neglected.


However, when contacted, Gobalakrishnan stressed that he would not be resigning.


“No, no, I am not going to resign. I am distancing myself from PKR leaders, not PKR,” he explained.


He said he was prepared to face the music from the disciplinary board for his outbursts.


“I see a lot of things that are unbecoming in the party. Doesn’t matter, I’ll sacrifice myself,” he said.


Gobalakrishnan said he merely wanted to be member who voiced the truth about the party.


“They can crucify me but if I don’t say it, I’d be a hypocrite.


“I don’t kowtow to anyone. I am a member of PKR, a party for justice,” he added.


However, he hoped the party leadership would give him a fair hearing if they were planning to sack him.


“Many who have been sacked were never given a chance to defend themselves,” he said.


Gobalakrishnan, who lost the vice-president’s race in last month’s party election, also slammed the party’s lack of transparency in its recent elections.


“Until now, all the candidates’ tallies have not been announced. I want the PKR election results to be made public,” he said.


He also questioned N. Surendran’s appointment as one of the party’s vice-presidents by the party leadership, alleging that the lawyer was not even a member.


“There are many other suitable Indian leaders who can be appointed to the post. Yet, Anwar chose him.


“We have checked and there is no record that he is a member of the party,” claimed Gobalakrishnan.



Zulkifli Nordin

Gobala ‘mengamuk’ lagi…balon Anwar-Azmin pula menerusi Twitter


Genap seminggu dua orang kuat PKR yakni Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N Gobalakrisnan dan Exco PKR Selangor Elizabert Wong bergasak secara terbuka dalam Twitter hingga Dr Lolo Ghazali dari PAS tweet balik tegur jangan ‘ selak kain’ secara terbuka begitu.


Rupanya ada geram dihati Gobala yang terus membara.


Sabtu satu dunia boleh baca beliau lanyak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang kepercayaannya Azmin Ali secara terbuka menerusi Twitter dari lewat pagi sampai petang.


We have talked to you many times about all this but you only listen to Azmin. What is so great in Azmin that we r not.Itu antara Gobala kata pada Anwar.


Merujuk hal Azmin ini katanya: Azmin Ali has been against Indians in PKR since 2002 and though I suffered I was patient.


Lagi kata Gobala: I have tolerated too long.Party needs to move in the right direction.


Entah le…apakah ini satu lagi gempak keling.Apapun bunyi macam calon yang baru-baru ini tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden PKR nak bakar jambatan.


Antara tweetnya lagi:


Its time for Pakatan Rakyat leaders to know that every ordinary member of Pakatan Rakyat powers equal to Azmin, Ketua Umum and others.


Harap harap Mustafa Kamil Ayub tidak tingalkan pkr krna dialah paling di benci Azmin skrg


Punca beberapa pemimpin spt Ezam, Ruslan, RO dan Zaid tinggalkan pkr ia lah Azmin


Semua orang PKR tahu Gobala angin betul bila Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail minggu lalu umum peguam N Surendran sebagai salah seorang dari tiga Naib Presiden (dilantik).


Geramnya kerana hajat dihatinya nak jadi Sivaji The Boss bagi kaum India dalam PKR.Sebaliknya Surendran yang tidak begitu dikenali yang dapat tempat.


Sekalipun dikenali dengan berbagai aksi cacamarba dan terpekik terlolongnya,Gobala kini adalah antara orang lama fighter dalam PKR yang semakin dipinggirkan.


Sumber-sumber dalam parti itu memberitahu Agendadaily apa yang kini menimpa Gobala tidaklah menghairankan.


Ini mengenangkan banyak muka-muka lama pejuang asal reformasi sudah disisihkan dari kepimpinan parti itu.


Sebaliknya semakin ramai muka-muka baru yang potong que apa lagi bila ternampak ‘nikmat kuasa’ selepas pilihanraya umum Mac 2008.


::::::::::


Pemimpin PKR 'selak kain' menerusi twitter…sampai Dr. Lolo PAS tegur


Oleh: HELME HANAFI


Jangan nanti inipun nak dikata satu konspirasi musuh politik segala macam.Cakap banyak nanti bolehlah panggil orang kuat PAS, Dr. Lolo Ghazali jadi saksi.


Semuanya gara-gara babak lanjutan isu pemilihan haru-biru PKR tempoh hari yang nampaknya belum beres sekalipun bos-bos di atas berusaha untuk gambarkan semuanya sudah under control .


Kalau sudah beres patutkah apa juga yang diputuskan oleh pimpinan parti ada sahaja yang tak kena.


Tak percaya tengok apa jadi tidak lama selepas pengumuman senarai barisan kepimpinan baharu peringkat pusat oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Sabtu.


Belumpun para wartawan sempat selesai tulis berita tentang pengumuman itu rasa tak puas hati sesetengah pemimpin PKR diluahkan melalui twitter masing-masing.


Antaranya dua orang kuat PKR bergasak secara terbuka dalam twitter iaitu Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N Gobalakrisnan dan Exco PKR Selangor Elizabert Wong.


Drama itu bermula apabila Gobalakrisnan tweet persoal “adakah DSAI buat keputusan yang betul untuk orang India di Malaysia?”


Ia dipercayai ada kaitan dengan pengumuman Wan Azizah bahawa antara salah seorang daripada tiga orang yang dilantik naib presiden parti itu adalah N Surendran.


Surendran bukanlah pemimpin di kalangan arus perdana parti itu.


Perlantikan peguam itu dipercayai atas ‘kuota’ India yang menyebabkan Gobalakrisnan 'angin satu badan’.


Beliau yang tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden dikatakan menaruh harapan dilantik ke jawatan itu.


Tweet beliau dijawab oleh Elizebert Wong “MPP buat keputusan yang betul untuk rakyat Malaysia,”


Gobalakrisnan jawab balik kata “(keputusan) tu bukan untuk MPP atau awak tapi untuk Anwar. Saya tidak tipu atau guna orang lain untuk tipu dengan kertas undi,” tweet beliau.


Tunggu punya tunggu Elizebert tak jawab-jawab, Gobalakrisnan tweet lagi, “Aku tunggu awak jawab seperti aku pertahankan awak ketika gambar bogel awak diedarkan,”


Tunggu lagi Elizebert Wong tak jawab-jawab, Gobalakrisnan naik ‘syeikh’ gamaknya apabila dia tweet “Elizebert pergi tengok diri engkau di cermin sebelum kau kata pada orang yang Gobala akan sertai ( parti AKIM ) Zaid.”


Gobala diketahui penyokong Zaid semasa beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.


Panas hati Gobalakrisnan bagai tak boleh dibendung lagi apabila dia tweet pula tanya Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar “Surendran ini ahli cabang mana?”


Jawab Nurul Izzah, “Surendran ahli cabang Lembah Pantai,”


Tak lama kemudian Gobalakrisnan terus serang Anwar sendiri apabila dia tweet pada Anwar “keangkuhan kuasa menafikan pembangunan sesuatu masyarakat melalui kebencian antara pimpinan,”


“26 keluarga di ladang Tuan Mee Ijok masih kongsi air minuman dengan itek,” kata Gobalakrisnan.


Ladang Tuan Mee adalah kawasan estet di Ijok DUN bawah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Perang twitter yang boleh dibaca ribuan penyokong pembangkang itu turut meresahkan pemimpin PAS.


Ini berikutan sebuah portal berita siar semua twitter itu ‘online’ tanpa tapis yang menyebabkan semua orang boleh baca.


Buktinya apabila, AJK PAS Pusat Dr Lo Lo’ Ghazali yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa pun ‘join’ tweet sama - yang jelas menegur perbuatan selak kain di khalayak ramai ini.


Dia tweet Gobala: “Cakap terus dengan DS (Anwar) apapun masalah dalaman, kenapa tweet kepada umum. Direct message/sms ” kata beliau yang memang selama ini kuat pertahan PKR .


Cuma kalau Gobalakrisnan pandai dia patut jawab, “habis kenapa awak pun tweet marah saya pada umum juga?”


Ini baru cerita twitter mereka berdua. Belum lagi lain-lain yang dengar cerita turut adu komplen mengenai lantikan-lantikan yang dibuat. -18/12/2010


:::::::::::


Apa pilihan kecuali terpaksa buat muka seposen…


Oleh: HELME HANAFI


Hati remuk redam, tetapi no way out . Mungkin itu jadi penyebab sebilangan pemimpin PKR yang tak puas hati dengan segala macam caca marba semasa pemilihan parti itu terpaksa ‘akur’ sahaja.


Antaranya orang macam Mustapa Kamil Ayub, calon tewas jawatan Timbalan Presiden pernah bising seketika. Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang kalah pada pemilihan Naib Presiden juga boleh masuk dalam kategori itu.


Siapa yang tak makan hati. Beliau adalah antara orang lama yang kerap terpekik terlolong tampil bagai hero apabila ada hal sana sini termasuk dalam sidang Dewan Rakyat.


Alih-alih ada orang lain – yakni peguam N Surendran yang tidak begitu dikenali berdesup masuk sebagai Naib Presiden lantikan mewakili kaum India.


Kata orang marah tetap marah tapi bila pusing kiri…pusing kanan apa pilihan melainkan terpaksa buat muka seposen.


Cuma yang agak terus berani sikit sampai sekarang ialah calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard.


Dari kenyataan media yang dibuatnya jelas kedudukan beliau boleh diibaratkan ‘luah mati emak, telan mati bapak’.


Chegu Bard yang kalah tipis dengan Shamsul Iskandar Mohd Akin berebut jawatan Ketua AMK ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR.


Ramai pemerhati politik melihatnya tidak lebih sebagai jawatan ‘ tutup mulut’ sahaja.


Kata beliau, “Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup manipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi.”


Sekali baca, macam beliau nak tolak jawatan itu, pun begitu pada masa yang sama kata lantikan itu satu perhormatan dan amanah besar sehingga menyebabkan beliau perlu bincang dengan semua teman dan keluarga terlebih dahulu.


Jelas Chegu Bard lagi, beliau masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan yang beliau dan ahli PKR ajukan kepada pucuk pimpinan parti itu.


“Saya akur dengan nasihat Setiausaha Agung Saifuddin Nasution agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung,” katanya.


Sumber Agendadaily kata Chegu Bard dalam dilema sakan, antara hendak terima kerana ‘akur’ atau mempertahankan prinsip.


Ini kerana beliau yang sebelum ini sudah buat kenyataan tolak keputusan pemilihan PKR ini.


“Kalau dia terima, penyokong-penyokong dia yang selama ini berdiri teguh pertahankan beliau akan kata dia tak ada prinsip dan boleh ‘dibeli’ dengan jawatan.


“Kalau dia tak terima pula sudah pasti pemimpin parti akan lanyak dia macam selalu mereka buat pada orang yang berani melawan cakap tauke,” kata sumber tersebut.


Sudahnya Chegu Bard berada di tengah-tengah persimpangan.


Lebih memburukkan keadaan, apabila lawan Chegu Bard yang tarik diri Rafizi Ramli pula dilantik ke jawatan utama sebagai Pengarah Strategi PKR.


Tentulah sukar membayangkan, saingan kita yang tarik diri kerana kurang pencalonan tiba-tiba dilantik ke jawatan yang lebih tinggi lagi.


Dengar kata, bukan Chegu Bard sahaja yang kecewa, malah Shamsul yang menang jawatan ketua AMK pun ada ‘protes dalam diam’.


Mungkin beliau sedar risiko terlajak perahu kalau tumpang semangkuk buat bising.


Silap haribulan impian nak jadi calon pilihanraya pun melepas.-20/12/2010

Selangor beku larangan guna logo 1Malaysia selepas teguran Kit Siang…

Hairan juga kerana sehari selepas Lim Kit Siang meminta kerajaan pakatan rakyat di Selangor kaji balik larangan guna logo berkenaan di papan iklan di negeri itu, cadangan itu serta merta dipatuhi.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu pada Sabtu sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan larangan itu sehingga diberitahu kelak.


Bertambah pelik, Liu mengeluarkan arahan itu tanpa merujuk kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan sedang bercuti.


Seperti dilapor Malaysiakini, Liu beliau akan meminta semakan semula terhadap larangan tersebut dalam mesyuarat Exco akan datang sebaik Khalid kembali daripada bercuti, yang dijangka awal Januari ini.


Sementara itu, saya menasihatkan semua PBT supaya membekukan penguatkuasaan mereka terhadap logo 1Malaysia," katanya.


Sebelum ini, larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu dibuat kerana dianggap melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional (BN).


Apapun pasti ada sebab lain mengapa ahli Parlimen Ipoh Barat itu mencadangkan larangan itu dikaji semula.


Tambahan pula, Lim menekankan semua rakyat perlu menjadikan Malaysia sebagai keutamaan diikuti dengan bangsa, agama, geografi dan sosioekonomi.


Sebenarnya pemimpin DAP terutama Lim sedar bahawa dengan penguatkuasaan larangan guna logo 1Malaysia yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan membuktikan kebenaran bahawa DAP adalah parti berasaskan perkauman sahaja.


Rakyat Malaysia tahu 1Malaysia mewakili semua kaum dan DAP sudah tentu tidak mahu melihat parti itu hanya mewakili satu kaum sahaja dengan melaksanakan larangan penggunaan logo tersebut.


Sungguhpun, Lim sebelum ini pernah mencabar menteri-menteri kerajaan BN di Parlimen supaya mengakui mereka rakyat Malaysia dulu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau adalah Melayu dahulu kemudian baru Malaysia, larangan guna logo itu nampak ‘alasan politik bodoh’ pakatan rakyat di Selangor.


Bertambah malang sebab Liu dari DAP dan bertangungjawab dengan PBT.


Justru itu, tidak sampai 24 jam selepas teguran Lim, Exco DAP yang kalah dalam pemilihan pimpinan DAP Selangor tidak prlu tunggu lama minta supaya larangan itu dibekukan dahulu.


Sebab lain, pembangkang juga sedar rakyat Malaysia sudah cukup masak retorik politik DAP, PKR dan PAS berdepan isu 1Malaysia.


Ini kerana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini melaungkan kesamarataan hak setiap kaum di negara ini tetapi peliknya bila Najib melaksanakan gagasan 1Malaysia supaya semua kaum menikmati hak masimg-masing, pembangkang pula menolaknya.


Kesimpulannya mudah bahawa pembangkang akan jadikan apa saja dilaksanakan kerajaan sebagai modal politik mereka kerana perjuangan mereka bukan untuk rakyat sebaliknya mahu mengambil alih kerajaan semata-mata.


Inilah perbezaan pembangkang di Malaysia berbanding negara luar yang sentiasa mengkritik dan menegur kerajaan melaksanakan perubahan sehingga dihormati kerajaan dan rakyat.


Malangnya di Malaysia tiada teguran membina sebaliknya hanya kritikan keras selain tindak tanduk yang memalukan negara.


Kini perjuangan pembangkang bukan lagi untuk membela rakyat sebaliknya berharap pilihan raya umum diadakan secepat mungkin kerana mereka yakin dapat menawan Putrajaya selain berhempas pulas menyelamatkan Anwar bakal Perdana Menteri. -25/12/2010


Agendadaily

Berita gembira bagi peneroka Felda

Pembangkang nampaknya kena fikir 100 kali kalau nak cuba main lagi dakwa Felda bangkrap.


Kalau begitulah keadaannya macam mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu boleh umum Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100.9 juta.


Bayaran itu akan dibuat kepada seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.


Najib memberitahu menerusi satu kenyataan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara akan menerima bonus itu.


"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya.-25/12/2010


Agendadaily

Jejak Cahayamata 2 Felda Soeharto – Muhammad Wafiy Naufal Mohd Asri Emak: Mas Idayu bt Abd Rahman

Tuesday, December 21, 2010

ADUN PAS BERZINA?







ADUN PAS BERZINA!!!
VIDEO PENDEDAHAN OLEH SAKSI KES ADUN SELISING YANG BERZINA DGN BINI CIKGU DIATAS KERETAPI!!! HARAP ADA PEMIMPIN PAS YG BERANI TANPIL BUAT PENAFIAN!!!
ALLAH BENCI PAS!!!
INGAT ZINA, INGAT PAS!!!!


Komen di Facebook

Untuk berita selanjutnya boleh layari blog Gelombang Wangsa Maju

Jejak Cahayamata 2 DUN Hulu Bernam - ADUN Hulu Bernam bersama Puteri dan Pemuda UMNO Hulu Selangor.

[gallery]

Sunday, December 19, 2010

Keterbukaan ala-PR. Block twitter orang yang lain fahaman politik (@anwaribrahim & @rafiziramli)

[caption id="attachment_591" align="alignnone" width="73" caption="Could not follow user: You have been blocked from following this account at the request of the user."][/caption]

Kalau mereka ini jadi Perdana Menteri dan Menteri, usah harap mereka akan mendengar pandangan rakyat.


Baru saja kena block di Twitwer oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli (@rafiziramli)


Poorah Sivaji the boss dan Pengarah Strategik yang tak strategik langsung. Jawablah.. apa main block2 pulak.


Tndakan yang sama juga diambil oleh anak beranak dari DAP Lim Kit siang dan Lim Guan Eng.


Ketuanan rakyat kepala hotak dia...

Anwar penyokong kuat pluralisma agama yang meletakkan Islam sama taraf dengan agama lain.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah seorang ahli politik beragama Islam di negara ini yang didapati sering membawa mesej fahaman pluralisme agama sama ada dalam bentuk tindakan mahu pun dalam bentuk ucapan.


Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysi...a (UIAM), Dr. Yusri Mohamad (gambar) berkata, ia berdasarkan kepada satu siri ucapannya di London pada 18 Mac 2010 yang bertajuk Religion and Pluralisme in a Divided World apabila Anwar dengan jelas menyokong fahaman tersebut.



http://muafakatmalaysia.wordpress.com/2010/12/17/ancaman-pluralisme-agama-di-malaysia-satu-tinjauan-awal/

DAP takut dengan bayang2 sendiri – Dakwaan DAP dedah maklumat sengaja direka, kata Guan Eng

[gallery]
KEPALA BATAS, 19 Dis — Dakwaan bahawa DAP menyalurkan maklumat kepada kerajaan Singapura mengenai keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akitiviti liwat seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks merupakan tuduhan tidak berasas, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim (gambar), yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata dakwaan itu sengaja dibuat bagi memburuk-burukkan parti itu.


Beliau berkata tiada bukti menunjukkan DAP mempunyai hubungan dengan kerajaan Singapura khususnya pasukan risikan republik berkenaan.


“Ketika itu dari mana Wikileaks mendapat segala maklumat? Daripada hubungan


diplomatik?


“Pada masa ini, DAP masih belum mempunyai kuasa, jadi apa jenis hubungan yang kita (DAP) ada dengan pasukan risikan Singapura?,” katanya pada siding akhbar sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang kedua di sini hari ini.


Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamidzun Khairuddin mahu DAP membuat penjelasan mengenai maklumat yang diterima Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew berhubung keterlibatan Anwar dalam aktiviti liwat seperti didedahkan WikiLeaks baru-baru ini.


Hamidzun dilaporkan berkata DAP diketahui umum sebagai rakan politik rapat kepada kerajaan PAP Singapura, yang antaranya diasaskan oleh Lee pada 1954.


Tambahan pula, katanya segala perincian kes itu berada dalam genggaman Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut bertindak sebagai peguam bela utama Anwar dalam kes liwat yang sedang dihadapinya.







Anwar seorang PELIWAT Hakim Mahkamah Persekutuan (FEDERAL COURT) Malaysia.

[gallery]

Anwar bayar APPC sebanyak USD10juta guna duit Bank Negara Malaysia untuk naikkan imej beliau

[gallery]
[gallery]



Oleh GAP

Namanya anwar Ibrahim. kami panggil dia anwar attaturk,sempena menghargai jasa dan sumbangannya menjahanamkan islam dan bangsa melayu di malaysia. Pernah membayar sejumlah wang USD 10 juta kepada Douglas H Pal, Pengarah Asia Pacific Policy Center (APPC) pada tahun 1993.


Douglas H Pal adalah seorang yahudi, pernah bertugas di National Security Affair (NSC) dari tahun 1989 hingga 1993. Douglas H Pal menubuhkan Asia Pacific Policy Center (APPC) dengan pengkhususan untuk melaksanakan tugasan melobi.

Anwar attaturk membayar APPC sebanyak USD10 juta dengan tujuan menaikkan imej dan nama beliau di negara Amerika, United Kingdom dan negara-negara Eropah.

Anwar attaturk pada masa itu sedang dalam usaha menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, maka APPC telah dibayar dengan sejumlah yang besar dengan tujuan untuk menaikkan imej anwar di kalangan media-media utama barat. Hasil kejayaan membayar pelobi yahudi ini, Anwar pernah mencapai ke tahap di gelar 'Darling of The West' dikalangan media barat.


Perhubungan tali barut yahudi bernama Anwar attaturk bersama pelobi yahudi APPC berterusan selepas Anwar berjaya menjatuhkan Ghafar Baba. beberapa dialog telah dijalankan di Malaysia, dengan tujuan untuk menaikkan imej Anwar sekaligus memberikan tamparan buruk kepada Tun Mahathir yang lantang mengkritik polisi Amerika dan Israel tentang isu Palestin.




Anwar bekerja untuk Yahudi Wolfowitz dan melindungi skandal dengan Shaha Riza

[gallery]