Monday, January 31, 2011

HARGA MINYAK NAIK LAGI

]Aku seorang penoreh getah

Dulu aku pentadbir grade B di Jabatan Kerajaan. Bila berlaku perang teluk antara arab dengan Israel tahun 1967 harga getah naik 2 ringgit sekati, aku berhenti kerja buat kerja menoreh getah. Kebun adalah 3 ekar, getah pun tak banyak sebab bantuan baja dari RISDA tok aku jual bukan buh kat pokok.

Aku berhenti kerja sebab tak tahan orang kampong dok perli aku kerja pagi sampai petang gaji tak sebanyak diorang. Lebih sadist lagi diorang boleh bayar kalau aku minum di kedai kopi. Sebelum ni aku selalu belanja orang kampong minum.

Itu cerita tahun 1967. Inflasi masa tu meningkat ratus peratus sebab harga minyak naik dan kekurangan barangan sebab terusan Suez ditutup.. tak ingat berapa ratus peratus. Minyak kelapa dari 4 kupang sebotol 1/2 kati naik jadi 1 ringgit. Tak apa mampu beli lagi sebab harga getah mahal tapi barang pula kurang di pasaran

Lepas itu diorang buat perjanjian damai tak ingat apa nama perjanjian tu tapi masih ingat gencatan senjata di Bukit Golan. Tak lama lepas itu terusan suez dibuka semua. Harga minyak beransur turun begitu juga harga getah turun sampai 4 kupang sekati. Masa tu Kilang tayar ada dah di Malaysia maka kerajaan wajibkan kilang tayar guna sekurang2nya 30% getah asli. Kalau tidak tak dak sapa nak guna getah asli sebab getah tiruan lagi murah.

Punya lah menyesal aku behenti kerja bila harga getah merudum turun. Satu kampong duk kutuk aku pasal berhenti kerja. Kalau tidak tentu aku dah naik pangkat jadi DO.


Dunia ni macam roda ada masa kat bawh dan ada masa kat atas. Yang penting hidup kena terus jangan duk merungut.

Sekarang harga getah naik semula. Semua angkara harga minyak naik. Korang nak bising pasal harga minyak naik.. pasal Ron95.. Ron97... aku tak peduli dan aku tak tahu apa itu octane apa itu Ron. Yang penting minyak naik getah naik. Minyak naik 5 sen getah naik 2 ringgit. Aku bukan pakai pun Ron97 kat kapcai buruk aku ni.

Kelmarin dah berlaku huru hara kat Mesir pulak. Dulu Mesir berperang dengan Israel sekarang mesir perang sama sendiri. Lantak kat Mesir lah. Mesir tu tamadunnya ribu tahun bukan macam kita. Tahu lah diorang apa nak buat dengan negara diorang. Yang penting minyak naik lagi.... Getah akan naik lagi.

Aku sekarang bukan lagi penoreh getah, samalah macam kawan-kawan aku kat kampong ni semua dah jadi pengusaha getah. Yang menoreh Indon dengan Bangla.

Minggu depan aku nak pergi makan angin ke Negeri China dengan Menteri. Diorang harap duit elaun kumpul 1 rahun baru boleh pergi. Aku kumpul sebulan  dah mampu ikut Menteri makan angin.

Bila minyak dunia nak naik lagi. Sekarang baru USD100 1 barrel sebab Mesir huru hara. Kalau Kuwait, Oman, Qatar, dan semua negara teluk huru hara pun tak apa. Boleh lah aku kutuk kerajaan sebab naikkan harga minyak tapi yang penting minyak naik getah pun naik. Getah naik boleh tambah bini.. opsss takuttttttt.

Ketua Pengarang Akhbar Media Rakyat Menggeletar Ditelefon Peguam Ummi


AIDCNews – 31/01/11 – Ketua Pengarang Kumpulan akhbar tabloid Media Rakyat, Dato Kamal Amir Kamal Hijaz dilaporkan menggeletar apabila ditelefon oleh peguam peribadi Ummi Hafilda, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.


Peguam peribadi Ummi Hafilda itu menelefon Dato Kamal Amir ekoran artikel yang disifatkan sebagai Jenayah Fitnah dalam keluaran muka depan, akhbar tabloid Media Rakyat, bilangan 02, 22 Januari 2011, bertajuk “Kisah Dalam Kain Diselak”.


Dato Kamal Amir


AIDCNews difahamkan, Ketua Pengarang akhbar tabloid itu terkejut menerima panggilan telefon daripada Mohd Khairul yang memperkenalkan diri sebagai peguam Ummi.


Peguam Ummi bertanyakan berkaitan artikel yang ditulis oleh Dato Kamal Amir berkenaan Ummi Hafilda dan apakah bukti-bukti yang menjadi sandarannya dalam penulisan artikel tersebut.


Difahamkan, Dato Kamal Amir menafikan beliau merupakan penulis berita muka depan artikel tersebut, sebaliknya mengakui artikel itu hanya kompilasi daripada berita-berita lain khususnya sumber dari Malaysiakini.com.


Lantas peguam Ummi berkata ‘sumber bukti’ yang dijadikan sandaran itu tidak kukuh, kerana hanya bergantung kepada pihak ketiga.


Menurut peguam Ummi, walaupun fakta itu pernah digunakan oleh Anwar semasa perbicaraan di mahkamah pada tahun 1998, namun Ummi Hafilda tidak dipanggil semula untuk membalas hujah tersebut kerana ketika itu kes itu sengaja ditimbulkan untuk menenggelamkan isu utama iaitu kes rasuah Anwar mengarahkan polis mendapatkan pengakuan bersumpah daripada saksi-saksi, Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar.


“Sekarang Ummi bersedia mencabar kesahihan maklumat itu dan berita muka depan akhbar awak akan dijadikan bukti di mahkamah. Ummi mahu bersihkan dirinya daripada fitnah itu”, kata Khairul Azam kepada Dato Kamal.


“Adakah alamat yang digunakan dalam akhbar Media Rakyat adalah betul ?, kata peguam Ummi.


“Ya. betul. Kenapa ?”, kata Dato Kamal.


“Baguslah kalau betul, menyenangkan pihak kami untuk menghantar surat saman”, kata peguam Ummi lagi.


Mendengar kenyataan tersebut difahamkan, Dato Kamal telah merayu kepada peguam Ummi itu agar kes itu tidak dilibatkan ke mahkamah. Beliau mengakui hanya memetik dari sumber-sumber lain, tanpa mempunyai bukti kukuh dan beliau berjanji akan memberi berita muka depan kepada Ummi Hafilda untuk membalas hujah-hujahnya terhadap artikel tersebut.


“Setelah akhbar awak menghancurkan kredibiliti Ummi tanpa bukti kukuh, kini baru awak nak baiki balik. Sudah terlambat. Jumpa di mahkamah”, tegas peguam Ummi.


Baca seterusnya di AIDC

GAGALNYA SEORANG MENTERI KEWANGAN

Mengupas isu kegagalan Anwar Ibrahim menangani isu kegawatan ekonomi sehingga hampir mengorbankan ekonomi seluruh negara.
Hari ini, negara kita digegarkan oleh 2 isu iaitu isu kegawatan ekonomi dan isu Anwar Ibrahim. Secara luaran, isu ini sepatutnya tidak berkait diantara satu sama lain kerana ia adalah isu yang berbeza, satu isu yang bakal menjejaskan seluruh rakyat Malaysia (isu ekonomi) manakala yang satu lagi isu yang bakal menjejaskan hidup SATU rakyat Malaysia.
Namun secara realitinya, kedua isu ini berkaitan. isu yang kedua itu nampaknya begitu popular sehinggakan lebih memburukkan lagi usaha Kerajaan untuk menangani isu yang pertama. Malah di kalangan penyokong Anwar, mereka seolah-olah tidak peduli risiko bahawa isu kegawatan ekonomi, jika gagal ditangani, akan menghempap ke kepala mereka sendiri suatu hari nanti. Bukan sekadar ke kepala mereka sendiri malah seluruh kaum keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia.
Jadi secara logiknya, para penyokong Anwar berpendapat bahawa isu seorang manusia harus dipandang lebih serius dari isu 21 juta orang manusia di Malaysia ini. Kata-kata di atas sebenarnya tidaklah merujuk kepada semua penyokong Anwar, kerana masih ada penyokong Anwar yang tahu membezakan kepentingan negara dengan kepentingan politik.
Jadi masih ramai lagi penyokong Anwar menyokong secara dalaman tanpa memburukkan usaha menangani kegawatan ekonomi. Namun yang paling membimbangkan ialah golongan penyokong fanatik, yang terlalu mengikut kata hati tanpa menggunakan otak.

Oil price nears $100 on Egypt crisis


LONDON — World oil prices rose to within a whisker of $100 a barrel Monday on fears that violent unrest in Egypt could disrupt the flow of oil through the Suez Canal on its way to the West, analysts said.
Brent North Sea crude for delivery in March struck $99.97 a barrel in Asian deals. Crude last hit $100 dollars in October, 2008.

In later London trade, it pulled back to stand at $99.20, down 22 cents compared with the close on Friday.

New York's main contract, light sweet crude for March, was up 76 cents at $90.10 a barrel.

"The rising prices reflect continued tension in Egypt and the possibility that there would be (supply) constraints through the Suez Canal," said Ben Westmore, minerals and energy economist for National Australia Bank.

Tom Bentz of BNP Paribas said that about one million barrels of oil pass each day through the Suez Canal, a key transit route for shipments from the Persian Gulf region.

"There is some nervousness about supplies and that could affect Europe more than the US," he said.

On Sunday, Egypt's embattled President Hosni Mubarak tasked his new prime minister with ramming through democratic reforms as thousands of protesters in central Cairo defied a military curfew to demand the veteran leader's ouster.

His instructions to Prime Minister Ahmed Shafiq were read out on state television but had no discernible effect on protesters who vowed to continue their demonstrations until Mubarak stepped down.

Mubarak, who sacked his cabinet on Friday after a nationwide revolt, also said the new prime minister's priority was restricting unemployment and creating new jobs.

Investors are concerned that similar demonstrations -- which have also touched Tunisia, Yemen and Jordan -- could spread elsewhere in the oil-rich Middle East.

Subsidi yang diterima oleh Rakyat Malaysia

Sunday, January 30, 2011

PRK Merlimau - Ali Rustam dilantik pengarah pilihan raya BN

Datuk Seri Mohd Ali Rustam
LABIS 29 Jan. – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilantik sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu berkata, pelantikan Mohd Ali itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN.

"Kita berkeyakinan terhadap kemampuan dan pengalaman beliau sebagai Ketua Menteri untuk menggerakkan jentera Barisan Nasional dan memastikan kerusi Merlimau itu kekal di pihak BN,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan di Masjid Pekan Ayer Panas di sini, hari ini.

Beliau berharap, calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau yang bakal dipilih kelak akan menerima sokongan daripada masyarakat kawasan terbabit serta semua anggota dan kepimpinan BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ialah pada 26 Februari depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, dari BN pada 20 Januari lepas.

PRK Tenang - Keputusan rasmi: BN menang di Tenang dengan majoriti 3,707

[caption id="attachment_1212" align="alignnone" width="300" caption="Sidang media Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pengumuman rasmi"]Sidang media Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pengumuman rasmi[/caption]

LABIS 30 Jan. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.



Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi, manakala Normala 2,992 undi.


Keputusan penuh:


N05: TENANG, JOHOR
Jumlah pengundi: 14,753


KEPUTUSAN:
Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi
Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi
Jumlah mengundi 9,833 pengundi
Peratus mengundi 67 peratus
Undi rosak 142 undi
Majoriti 3,707 undi


Penyandang: Sulaiman Taha (BN)
Undi diperolehi: 6,367
Majoriti: 2,492 –


undi Pos: BN 115 Pas 3

Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang
Peti Undi 1 : Kampung Redong : BN 462 PAS 105 majoriti 357

Sekolah Kebangsaan Pekan Air Panas
Peti Undi 2 : Pekan Ayer Panas:Bn 451 PAS 83 Majoriti 368

Dewan Masyarakat North Labis
Peti Undi 3 : Ladang Labis Utara : BN 152 PAS 40 Majoriti 112

Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah
Peti Undi 4: Bandar Labis Timur: BN 669 PAS 632 Majoriti 37

Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin
Peti Undi 5: Bandar Labis Tengah:PAS 642 BN 275 Majoriti 367

Dewan Bola Keranjang JKKK Labis
Peti Undi 6: Labis : BN 269 PAS 219 Majoriti 50

Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang
Peti Undi 7 : Felda Tenang: BN 955 PAS 160 Majoriti 795

Sekolah Kebangsaan Sawah Bharu
Peti Undi 8: Sawah Bahru: BN 212 PAS 55 majoriti 157

Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station
Peti Undi 9 : Tenang Station:BN 744 PAS 352 Majoriti 392

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Voules
Peti Undi 10 Ladang Bukit Dato:BN 351 PAS 99 Majoriti 252

Sekolah Agama Felda Chemplak Barat
Peti Undi 11: Chemplak Barat: BN 254 PAS 52 Majoriti 202

Sekolah Kebangsaan LKTP Chemplak
Peti Undi 12 : Chemplak: BN 985 PAS 135 Majoriti 850

PRK Tenang - 7:20 malam: Keputusan awal tidak rasmi BN Menang

.



7:20 Malam

BN : 6,698 (69.1%)
PAS : 2,963 (30.6%)
Majoriti : 3,735
Rosak : 35
Turn out : 71%

i) PETI UNDI YANG DIMENANGI OLEH BN (11 TERMASUK PETI UNDI)

1. PETI UNDI Labis
BN: 400
PAS : 306

2.PETI UNDI Bandar Labis Timur
BN: 671
PAS: 144

3. PETI UNDI Sawah Baru
BN: 212
PAS: 55

4. PETI UNDI Cemplak

BN : 985
PAS: 135

5. PETI UNDI Cemplak Barat
BN : 838
PAS: 142

6. PETI UNDI Kampung Redong
BN: 462
PAS: 105

7. PETI UNDI Tenang Station
BN: 746
PAS: 352

8. PETI UNDI Pekan Air Panas
BN: 220
PAS: 48

9. PETI UNDI Ladang Labis Utara
BN : 152
PAS: 40

10. PETI UNDI Felda Tenang
BN: 950
PAS: 160

11. PETI UNDI Ladang Bukit Dato.
BN : 352
PAS : 99

12. Undi Pos :
BN : 115
PAS : 3

ii) PETI UNDI YANG DIMENANGI OLEH PAS (1)

1. PETI UNDI Bandar Labis Tengah
BN : 365
PAS : 801

6:58 Petang

Keputusan awal tidak rasmi di PRK Tenang?
BN 6,998
PAS 2,992
Undi Rosak 157
Majority 3,768 undi.

PRK Tenang - Laman dan tempat meletak kereta Dewan Serbaguna Majis Daerah Labis digenangi air

Kawasan meletak kereta di Dewan Serbagunan Majlis Daerah Labis tempat penjumlahan undi telah dinaiki air.
Pihak SPR menjangkakan 71.71% atau 10,579 telah menunaikan tanggungjawab mengundi selepas tempoh pengundian tamat jam 5 petang tadi.

Pengundian berjalan didalam keadaan hujan lebat dari pagi sehingga masa mengundi berakhir. Kebanyakan kawasan dilanda banjir teruk dan  jalan-jalan utama tidak boleh dilalui akibat banjir.

Walaupun keadaan yang tidak selesa akibat hujan dan banjir, pengundian berjalan dengan lancar di kesemua pusat mengundi.

Semuga Barisan Nasional beroleh kemenangan...



Laman dan tempat meletak kereta Dewan Serbaguna Majis Daerah Labis digenangi air

Gambar Berita Harian Online

Saturday, January 29, 2011

PRK Tenang - Pas Makin Kalut, Buat Fitnah Untuk Undi

[caption id="attachment_1183" align="alignnone" width="350" caption="Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh menyifatkan apa yang dilakukan oleh Pas membuktikan parti itu dalam keadaan tertekan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara tidak beretika dan bertanggungjawab"]Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh menyifatkan apa yang dilakukan oleh Pas membuktikan parti itu dalam keadaan tertekan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara tidak beretika dan bertanggungjawab[/caption]

LABIS 29 Jan – Pas kini sudah kehilangan punca dalam pilihan raya kecil DUN Tenang, apabila melakukan serangan peribadi terhadap calon dengan mengedarkan pelbagai risalah berbaur fitnah dalam usaha menagih undi daripada pengundi Tenang.



Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh menyifatkan apa yang dilakukan oleh Pas membuktikan parti itu dalam keadaan tertekan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara tidak beretika dan bertanggungjawab seperti mengedarkan risalah fitnah terhadap calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim.


“Pas kini sudah lari dari perjuangan mereka yang kononnya parti itu sebagai sebuah parti berlandaskan Islam, mereka kini mula membuat pelbagai fitnah dan tohmahan bukan sahaja terhadap BN, malah turut dilakukan kepada `Tok Ai’ (Mohd Azhar).


“Hanya tempat tertentu sahaja risalah itu diedarkan, kawasan bukan Melayu terutama di kawasan perumahan sekitar Labis yang kebanyakkan penduduknya kaum Cina, mereka sudah kehilangan sokongan di kawasan Melayu dan berharap kepada kaum Cina akan memberi undi kepada mereka,” katanya kepada UMNO-Online.


Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur fitnah terhadap calon BN oleh petugas parti pembangkang di kawasan perumahan sekitar Labis dalam usaha memburu-burukan BN dan calon.


Haslinda berkata, perkara itu adalah seperti yang dijangka, Pas dan rakan seperjuangan dalam pakatan pembangkang akan melakukan apa sahaja di saat akhir kempen dalam usaha mereka untuk mengekang sokongan pengundi kepada BN pada hari pengundian nanti.


“Pas kini sudah terdesak, walaupun pada peringkat awal mereka hanya berhasarat untuk mengurangkan sokongan terhadap BN, kini mereka berada dalam keadaan yang begitu terdesak apabila menyedari mereka kini sudah kehilangan sokongan daripada pengundi Melayu terutamanya di kawasan Felda.


“Sejak dari penamaan calon, banyak fitnah dan pembohongan dibuat pembangkang sama ada melalui risalah, banner atau cermah dengan memburuk-buruk calon. Mereka juga buat fitnah, katakan saya dan Wanita UMNO tidak menyokong Tok Ai, bila saya nafikan, mereka guna cara lain pula,” katanya.


Haslinda menyeru pengundi di DUN Tenang tidak terpedaya dengan pelbagai cara atau helah yang dilakukan oleh Pas dan pembangkang yang lain terutama di saat-saat akhir menjelang hari pengundian 30 Januari nanti. -Media UMNO

Gobalakrishnan keluar PKR kerana bosan kerenah pemimpinnya

[caption id="attachment_1175" align="alignnone" width="440" caption=""Saya sudah fed-up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR,” "]"Saya sudah fed-up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR,” [/caption]

KULIM 29 Jan. – Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mulai hari ini kerana bosan dengan sikap pucuk pimpinan parti itu.



Beliau yang memilih untuk menjadi ahli Parlimen Bebas turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.


"Saya sudah fed-up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR,” katanya.


Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.


Gobalakrishnan berkata, pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi ahli parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu.


Beliau berkata, selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.


Katanya, beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekaligus gagal kerana Ketua Pembangkang itu nyata gagal untuk menyelesaikan masalah dalaman parti sendiri.


"Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum “rumah” ini runtuh,” katanya.


Gobalakrishnan berkata, tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR.


Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Padang Serai S. Nagalingam yang turut hadir pada sidang media itu berkata, Timbalan Pengerusi Cabang berkenaan Johari Ismail akan memangku jawatan Ketua Cabang yang dilepaskan Gobalakrishnan.


VANEKEM MACHA! POODAH ANVAR!




[caption id="attachment_1162" align="alignleft" width="200" caption="Dey Anvar..apa pootar-pooSingh itu novel Interlok; itu Azmin ada panggil saya pariah apa awak ada bikin, ada pekak ke?"][/caption]

Teman mengucapkan tahniah kepada YB Gobalakrishnan atas tindakan meletakkan semua jawatan dalam parti dan mengisytiharkan diri keluar daripada Parti Kelentong Rakyat sebentar tadi. Perisytiharan yang dibuat oleh YB Gobala di Padang Serai tadi sudah lama teman jangka, malah teman sudah pun membuat kenyataan sebelum ini bahawa beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan kanan PKR akan mengambil tindakan keluar, cuma masa dan cara sahaja yang berbeza.


Teman tidak hairan YB Gobi (panggilan kami kepada Gobalakrishnan) memilih untuk keluar PKR walaupun sebelum ini beliau berusaha keras mempertahankan kedudukan beliau didalam parti. Setiap manusia ada had dan batasan yang boleh diterima, ini adalah nilai sejagat dan kemanusiaan. Masing-masing ada limit, dan bila had itu dicemari, sudah pasti tindakan jelas perlu diambil. Cuma apa batasan dan had itu mengikut nilai masing-masing.


Contohnya YB Dato' Seri Zahrain, walau pun sudah bersama Anwar lebih 30 tahun, tetapi bila melihat Anwar sekadar menjadi pepatung dan barua kepada Kitsiang & DAP, beliau tidak boleh terima. Sehingga Anwar mengkhianati beliau dengan mengheret beliau ke Jawatankuasa Disiplin hanya kerana beliau mengkritik Anak Laki Kitsiang yang dilihat beliau mengkhianati & menzalimi orang Melayu di Pulau Pinang.


Begitu juga YB Wee Choo Keong, yang merasakan beliau dikhianati apabila pembohongan Anwar mengenai 16 Sept terbongkar. Beliau yang berpegang kepada prinsip memperjuangkan kebenaran merasa terhina untuk terus bersekongkol dengan pembohongan. Tidak saperti Karpal PooSingh yang menyedari pembohongan Anwar itu tetapi sekadar menyuruh Anwar bertaubat dan berundur, YB Wee memilih untuk keluar daripada gejala pembohongan ini.


Begitu juga dengan teman sendiri. Walaupun berbelas tahun bersama dengan Anwar, dan membela dia didalam kes pertuduhan salahguna kuasa dan liwat dahulu (dan tidak dibayar satu sen pun oleh Anwar Ibrahim walaupun ada bapak pembohong yang menjaja cerita kami peguam Anwar dahulu dibayar berjuta tiap seorang), namun bila melihat sendiri Anwar sehingga sanggup menjual agama dan nama ALLAH demi kepentingan politik, teman merasakan ianya sudah melampaui batasan nilai agama dan kemanusiaan yang teman boleh terima.


Baca seterusnya  blog Zulfli Noordin

PRK Tenang - Ramai pengundi Cina sokong BN

Sokongan pengundi cina terhadap BN di PRK N05 Tenang, Labis.



[caption id="attachment_1167" align="alignnone" width="640" caption="Sambutan pengundi Cina terhadap calun Barisan Nsional N05 Tenang"]Pengundi Cina Tenang[/caption]






choonhann


mana
ni? Kata orang Cina Tak sokong BN. Haha. it seems Chinese votes are coming back to BN. Bravo!!


MP Padang Serai umum letak semua jawatan PKR




[caption id="attachment_1152" align="alignleft" width="300" caption="N Gobalakrishnan"]N Gobalakrishnan[/caption]

"N Gobalakrishnan merupakan Ahli Parlimen ke 5 dari PKR yang meninggalkan parti tersebut"


Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.


Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.


"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.


Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.


Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.



SENARAI ADUN, AHLI PARLIMEN (MP) PKR YANG TELAH KELUAR PARTI


Ahli Parlimen

  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed

  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng

  3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri

  4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

  5. Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan


ADUN

  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi

  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu

  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong

  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh

  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah

  6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam

Thursday, January 27, 2011

PRK Tenang - Orang sakit masih boleh berkeliaran berkempen




[caption id="attachment_1139" align="alignnone" width="399" caption="Sijil sakit sumi Normala Calon PRK Tenang"][/caption]

Kalau pegawai & kakitangan kerajaan cuti sakit selama 14 hari dan didapati berkeliaran menyertai kempen pilihanraya, pasti ada sesuatu yg tidak kena.


Apa sakitnya? Bukankah ada penipuan? Kalau betul sakit, adakah dia layak untuk medical board dan diistiharkan tidak layak lagi meneruskan tugas?


Kalau ada penipuan mengenai sakitnya, bukan kah itu layak untuk diambil tindakan disiplin?


Cuti sakit yang lebih 1 minggu biasanya tahap penyakit yang teruk dan bagi mereka yang terpaksa dimasukkan ke dalam wad.


Penjelasan mesti diberi! Tindakan sewajarnya perlu diambil.


Apa lagi....bertindaklah...jangan jadi bodoh sehingga kena tipu atas darat!!!


Facebok Shamsuddin Nawawi (To' Sham)

PAS sokong Pluralisme

[caption id="attachment_1131" align="alignleft" width="300" caption="Mebazaa turut berjanji akan menghormati perlembagaan bagi menegakkan pluralisme dan demokrasi negara itu"][/caption]

PAS Doakan Kemenangan Rakyat Tunisia. begitulah salah satu tajuk dalam Harakahdaily.  “PAS mendoakan kemenangan rakyat di Tunisia dan akan mendapat perlindungan Allah SWT,” kata Pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad. Klik sini.


Manakala dalam Utusan Malaysia Online pula dalam tajuk Mebazaa janji tegakkan pluralisme melaporkan Mebazaa turut berjanji akan menghormati perlembagaan bagi menegakkan pluralisme dan demokrasi negara itu. Klik sini


Dr Syed Azman Syed Ahmad sebagai Pengerusi Lujnah Antara Bangsa PAS Pusat sudah pasti mengenali Mebazaa dan perjuangannya. Dengan menyatakan sokongan terbuka kepada Mebazaa melalui akbar suara PAS melambangkan PAS juga menyokong Pluralisme dalam perjuangan mereka.


Anwar Ibrahim yang mereka pertahankan juga pendokong kuat Islam pluralisme.


Kian hari kian jelas perjuangan PAS melencung dari perjuangan Islam yang di momok momokan kepada penyokong-penyokong mereka.


Hudud juga tidak lagi menjadi keutamaan sejak lama dulu sehingga mereka tunduk dengan ugutan Karpal Singh yang meminta mereka melangkah mayatnya sekiranya hendak menubuhkan negara Islam.

Wednesday, January 26, 2011

Sidang DUN gagal








Pindaan yang dibentangkan di bawah Peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri kepada negeri dengan sultan perlu mendapatkan nasihatkan Menteri Besar.






[caption id="attachment_1124" align="alignleft" width="300" caption="SEBAHAGIAN daripada lebih 1,000 anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan (NG0) berarak secara aman dari Dataran Shah Alam ke Bangunan SUK Selangor untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap usaha pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam. Antara NGO yang terlibat termasuklah Perkasa dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor. "][/caption]

SHAH ALAM 24 Jan. – Seperti dijangka, pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang dicadang oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor gagal diluluskan setelah tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.


Dalam sesi pengundian secara belah bahagian kira-kira pukul 6.15 petang ini, pindaan tersebut hanya disokong oleh 34 penyokong kerajaan manakala 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sepakat menolak pindaan tersebut.


Sementara itu, Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Bebas dihalang menghadiri sidang itu setelah kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandangnya diisytiharkan kosong, Isnin lalu.


Kerajaan negeri gagal mendapat empat undi bagi mendapat majoriti dua pertiga kerana mereka sekurang-kurangnya perlu memperoleh sokongan 38 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.


Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim ketika mengumumkan keputusan undian tersebut berkata, meskipun pindaan tersebut lebih suara yang bersetuju, ia tidak dapat diluluskan bagi bacaan kedua dan seterusnya.


Katanya, perkara itu diputuskan berdasarkan Perkara 98, Fasal 5 (Bahagian 2) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.


Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui usul pindaan perlembagaan negeri untuk membolehkan beliau memperolehi ‘kuasa menasihati’ Sultan Selangor tidak dapat dilaksanakan dari awal lagi.


Ini kerana katanya, kerajaan negeri menyedari pihaknya tidak mempunyai majoriti dua pertiga kerusi DUN untuk berbuat demikian.


Bagaimanapun, beliau berharap cadangan pindaan untuk memberi kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu dapat dibangkitkan semula selepas pilihan raya umum akan datang.


‘‘Walaupun kita tidak berjaya hari ini, ia tidak akan mematahkan semangat pakatan pembangkang.


‘‘Kami berpendirian bahawa Sultan Selangor dan kerajaan negeri berhak memainkan peranan dalam pemilihan tiga pegawai eksekutif bagi memastikan dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya.


Pindaan yang dibentangkan di bawah Peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri kepada negeri dengan sultan perlu mendapatkan nasihatkan Menteri Besar.


Dalam pada itu, ketika ditanya bilakah kerajaan negeri akan membenarkan Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar, Abdul Khalid berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Exco kerajaan negeri.


Bagaimanapun, beliau tidak memutuskan bilakah tempoh sebenar perbincangan itu akan diadakan sebaliknya ia bergantung kepada keadaan semasa.


Pada sidang akhbar yang sama, Abdul Khalid yang tidak dapat menerima hakikat kegagalannya untuk meluluskan pindaan tersebut meletakkan kesalahan ke atas BN kerana tidak menyokong usaha kerajaan negeri itu.


‘‘Lebih kesal lagi, BN gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan itu.


‘‘Jelas penolakan itu dibuat di atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya.


‘‘Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlu berdasarkan kepentingan rakyat,” katanya.


Malah seperti dijangka sebelum ini, Abdul Khalid menuduh bahawa penolakan BN terhadap pindaan itu membuktikan UMNO sebenarnya tidak menghormati Raja-Raja Melayu dan menghalang peranan mereka dalam institusi Raja Berperlembagaan.


‘‘Walaupun kita mungkin tidak berjaya membuat pindaan, ia tidak akan mematahkan semangat pakatan pembangkang.


‘‘Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula,” katanya.


Abdul Khalid berkata, pihaknya masih mempunyai pendirian bahawa Sultan Selangor dan kerajaan negeri berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan tiga pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.


‘‘Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengetepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme, kerajaan negeri akan berusaha memastikan pentadbiran negeri akan terus berjalan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat negeri ini,” katanya.


Terdahulu perbahasan pindaan tersebut disertai oleh empat wakil BN dengan dimulai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman dan enam wakil pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.


Turut serta berbahas ialah Sulaiman Abd. Razak (BN-Permatang); Datuk Mohd. Samssudin Lias (BN- Sungai Burung) dan Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang).


Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) pula tampil sebagai wakil penyokong yang pertama bangkit berbahas menyokong pindaan rang undang-undang itu.


Utusan Malaysia

MB bohong mahu kembalikan kuasa Sultan, dakwa Noh Omar





[caption id="attachment_1120" align="alignleft" width="400" caption="Datuk Seri Noh Omar dua kiri bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan Umno Selangor — Foto Bernama."]Datuk Seri Noh Omar dua kiri bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan Umno Selangor — Foto Bernama.[/caption]

SHAH ALAM, 26 Jan — Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Tan Sri Khalid Ibrahim seorang pembohong kerana mendakwa kerajaan negeri mahu mengembalikan kuasa dalam urusan pelantikan kepada Sultan Selangor.

Oleh itu kata Noh, Menteri Besar Selangor itu seharusnya dengan jelas telah memberitahu bahawa kerajaan negeri berhasrat untuk mengembalikan sistem raja berperlembagaan di mana Sultan dikehendaki bertindak atas nasihat seorang menteri besar.


“Beliau berbohong kepada rakyat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.


“Jika (kerajaan) raja berperlembagaan (yang beliau mahukan), beliau perlu memberitahu rakyat, sekarang saya meminda perlembagaan supaya Sultan perlu mendengar pada saya. Itu yang perlu beliau katakan,” kata anggota jemaah menteri kerajaan pusat ini.


Kerajaan negeri telah gagal untuk mendapatkan majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Artikel 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada sidang khas Dewan Undangan Negeri yang diadakan kelmarin.


Pindaan itu antara lainnya bertujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.


Pindaan itu dicadangkan ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mendapat bantahan kerajaan negeri dengan alasannya ianya tidak dirujuk kepada Menteri Besar.


Noh yang mengetuai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, BN akan bekerja keras untuk menjawab “pembohongan” sedemikian.


“Jika kami tidak bertindak rakyat akan percaya mereka (Pakatan Rakyat). Selagi rakyat percaya pada pembohongan itu kami bermasalah,” kata Noh.


Ahli Parlimen BN ini menambah, barisan pembangkang negeri itu akan memberitahu pengundi-pengundi mereka bahawa PKR tidak menghormati Sultan dan mahu merampas kuasa raja.


Justeru Noh juga mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat akan kehilangan sokongan pengundi.


“Kita lihat demonstrasi Ahad lalu tidak popular. Mereka menjanjikan 10,000 orang tetapi hanya beberapa ratus yang hadir.


“Semalam (hari Isnin) juga tiada respons pada protes yang hendak diadakan (di pekarangan bangunan SUK),” kata Noh.


“Ini menunjukkan bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan ke atas mereka,” kata wakil rakyat kawasan Tanjong Karang ini.


Selepas sidang khas DUN kelmarin, Khalid berkata beliau bercadang membawa isu pindaan berkenaan untuk semakan kehakiman.


Saya mahu buat perubahan. Perubahan ini perlu. Saya tahu politik banyak permainan tapi pengurusan (berlainan), kalau tidak, tak dapat ukur kecekapan (pentadbiran),” katanya.


Khalid berkata beliau akan pergi ke seluruh Selangor termasuk di kawasan kerusi BN untuk menerangkan isu pindaan itu yang mana kerajaan Pakatan Rakyat sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan tapi gagal.


“Saya berharap kita bersama-sama belajar. Mengapa kita tak buat perubahan. Kita jaga Selangor, kita wakil rakyat. Takkanlah kita nak benarkan (kerajaan) persekutuan halang pembangunan (negeri ini), katanya.


Katanya, apa yang berlaku kelmarin adalah sejarah dan akan direkodkan dalam hansard Dewan dan akan dikenang dan boleh dibuat rujukan supaya masa depan negara kita akan lebih baik dan terbuka.


“Kepada anggota Dewan yang tak bersetuju dengan pindaan, tak mengapa, tak ada masalah," katanya.


Semalam, Noh juga berkata, BN Selangor akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negeri bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai isu pindaan undang-undang tubuh negeri itu yang cuba dilakukan kerajaan Selangor.


Noh berkata kesemua wakil rakyat BN Selangor akan melawat 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dan menceritakan kepada rakyat perkara sebenar yang berlaku.



Hudud bukan ‘perkara pertama’ PAS jika kuasai majoriti Parlimen



[caption id="attachment_1110" align="alignleft" width="309" caption="Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali."][/caption]








“Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat... kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).

“Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan.

Sekiranya perkataan ini dikeluarkan oleh UMNO maka menderulah pencacai PAS mengkafirkan UMNO termasuk Wali Selipar


LABIS, 26 Jan — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen.

Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

PAS menegaskan pendirian ini ketika MCA, komponen Barisan Nasional, membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di sini.

“Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat... kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).

“Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan.

“Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak... dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Tambah Mustafa, BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan terus memainkan isu-isu perkauman bagi menimbulkan rasa kebencian pengundi kepada Pakatan Rakyat.

“Bila pergi tempat Cina, mereka akan kata DAP ikut telunjuk PAS, bila pergi ke kawasan Melayu, mereka akan kata PAS pula jadi tunggangan DAP.

“Ini politik perkauman, sehingga Soi Lek (Dr Chua) kata DAP akan turut serta apa yang akan PAS akan buat iaitu hudud, terus terang saya cakap Islam adalah dasar PAS dan tidak berganjak sejak dulu.

“Islam adalah dasar PAS, ia mesti diterima oleh semua baik PAS atau Umno...tapi kalau Umno nak guna separuh separuh, ikut dialah,” katanya.

Justeru, beliau meminta supaya BN menghentikan politik perkauman dibawa ketika berkempen kerana ia boleh memberikan suasana yang kurang senang dalam masyarakat berbilang kaum.

“BN patut hentikan politik perkauman ini, yang dibawa BN ini politik kebencian bukan politik sayang,” katanya.

Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina.

Sunday, January 23, 2011

PRK Tenang : Kisah Anwar kena boo di Felda Tenang…

[caption id="attachment_1086" align="alignleft" width="200" caption="Anwar tak tenang di Tenang"][/caption]

Ini kisah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Felda Tenang Sabtu malam.


Ceramah perdana beliau hanya dihadiri paling ramai 250 orang dengan separuh daripadanya orang luar.


Nak jadi cerita, semasa beliau tiba, beliau telah disambut dengan boo oleh sekumpulan budak muda FELDA.


Ikut cerita seorang wartawan yang jadi saksi semasa kejadian tersebut muka Anwar berubah serta merta lepas kena boo itu.


“Mana tidaknya, beliau bukan setakat diboo, ada juga juga sorakan dari budak-budak itu yang panggil beliau 'Peliwat', 'Kaki Bontot' dan macam-macam lagi…”cerita beliau.


Menurutnya, lebih malang lagi, mungkin kerana emosi beliau sedikit terganggu dengan 'usikan' budak-budak FELDA itu sehingga beliau tersasul menyebut "orang FELDA miskin"


“Apa lagi, bertempik lah perkataan boo di situ sekali lagi,”katanya.


Mungkin jumlah itu boleh jadi petunjuk memang ketua pembangkang itu tak ada ‘bisa’ di kawasan FELDA.


Agendadaily.com

Pindaan jadikan Sultan Selangor rubber stamp sahaja

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 jika diluluskan dan diguna pakai akan menjadikan Sultan Selangor sebagai rubber stamp atau tukang cop sahaja dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana menerusi pindaan itu baginda diwajibkan merujuk nama yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kepada Menteri Besar untuk dipersetujui.


Menurut beliau, Menteri Besar boleh menolak nama calon itu seterusnya memberi nama lain dan sultan langsung tiada kuasa untuk menerima atau menolak 'perkenan' Menteri Besar itu.


Katanya, sekurang-kurangnya dalam peruntukan sekarang, Sultan Selangor diberi penghormatan dan pengiktirafan untuk menentukan calon bagi jawatan itu apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai suatu amalan akan mengemukakan beberapa nama kepada baginda untuk diperkenan.


"Sultan di peringkat ini boleh menolak dan meminta diberi senarai lain dan baginda boleh mencadangkan nama seseorang yang diperkenan tuanku. Kebiasaannya SPA akan menerima cadangan baginda. Setakat ini belum pernah berlaku SPA tidak menerima perkenan Sultan Selangor.


"Tetapi dengan cara putar-belit oleh pembangkang, keadaan menjadi terbalik," katanya menerusi entri terbaru blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/ bertajuk Rampasan Kuasa Diraja hari ini.


Beliau mengulas cadangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk meminda Undang- Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pemerintah dan Menteri Besar dalam pelantikan ketiga-tiga jawatan pegawai tertinggi negeri itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.


Menurut Zulkifli, menerusi pindaan itu kuasa mutlak pelantikan adalah di tangan Menteri Besar.


Menurutnya, berlindung di sebalik nama dan kedudukan Sultan Selangor, kerajaan negeri cuba 'memperkudakan' baginda dalam soal pelantikan itu.


"Pada saya ia sebenarnya cubaan merampas kuasa yang dibuat secara halus dengan cara memutarbelitkan undang-undang.


"Inilah kesannya proviso pindaan tersebut dibaca dengan Artikel 54. Pendek kata, Sultan Selangor wajib menerima 'perkenan' Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Penasihat Undang-Undang dan pegawai kewangan negeri," jelasnya.


Utusan Malaysia

Saturday, January 22, 2011

Nizar Gadai Negara Islam

Nizar Gadai Negara Islam

Hanya Dua Calon Kemuka Pencalonan Di PRK DUN Tenang




[caption id="attachment_108" align="alignleft" width="435" caption="Calon bagi pilihanraya Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim (BN), 39, (kanan) dan calon PAS Normala Sudirman, 38,"][/caption]

LABIS: Hanya dua calon, masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sehingga tempoh penamaan ditutup pada pukul 10 pagi Sabtu.



Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, 39, menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.02 pagi, sejurus selepas pusat penamaan calon di pejabat Majlis Daerah Labis di sini di buka pada 9 pagi.


Calon PAS, Normala Sudirman, 38, menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi.


Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.


Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Jan ini sebagai tarikh pengundian.


Pilihan raya kecil DUN Tenang merupakan yang pilihan raya kecil yang ke-14 berlangsung di seluruh negara selepas pilihan raya umum 2008, tetapi pertama kali di Johor.


Friday, January 21, 2011

Isu Badrul:Muslihat kerajaan PKR Selangor menjelang sidang tergempar DUN

Kalau dikaitkan dengan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin ini rasanya tak perlu kita memakai teropong khas untuk membuat andaian mengapa tiba-tiba wakil rakyat Bebas Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menjadi sasaran.


Satu dunia tahu kerajaan PKR Selangor tidak mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi menyelesaikan kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi.

Timbul banyak persoalan mengenai tindakan Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim isytihar kerusi diwakili oleh Badrul kosong atas alasan kononnya kegagalan beliau hadir sidang DUN selama enam bulan.


Lebih pelik apabila Teng bertindak sendiri isytihar kekosongan itu bukannya Suruhajaya Pilihanraya (SPR).


Sepatutnya, Speaker memaklumkan perkara itu kepada SPR dan pihak berkenaan akan bermesyuarat menentukan berlaku kekosongan itu atau sebaliknya.


Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Agendadaily sebaik dimaklumkan tindakan speaker berkenaan mengisytihar kerusi itu kosong pada Rabu.


Kes ini hampir sama dengan kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah apabila Datuk Abu Hasan Sarif yang hilang kelayakan setelah gagal menghadiri sesi DUN dua kali berturut-berturut.


Kes berkenaan masih di peringkat rayuan.


Berbalik soal kerusi Pelabuhan Klang ini, ada desas-desus kononnya tindakan mengisytiharkan kerusi itu kosong bagi mengurangkan undi menghalang pindaan undang-undang tubuh negeri pada sidang DUN Isnin ini.


Kerajaan PKR Selangor perlukan majoriti dua pertiga dan dengan ketiadaan Badrul Hisham, pakatan pembangkang PKR-DAP dan PAS itu memperolehi majoriti tersebut.


Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 20 kerusi sahaja berbanding pakatan pembangkang berjumlah 35 manakala satu kerusi Bebas diwakili Badrul Hisham.


Justru itu tidak hairan jika tindakan mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang ini kosong semata-mata bagi menjayakan misi kerajaan PKR Selangor meminda undang-undang tubuh negeri pada 24 Januari ini.


Bagaimanapun, ambil kira pengakuan Badrul bahawa beliau masih wakil rakyat yang sah, perkara ini masih tidak mengubah apa-apa kerana menurut Teng, tiada peruntukan untuk bekas wakil rakyat PKR itu merayu.


Kini keputusan sama ada kerusi itu kosong atau sebaliknya akan ditentukan SPR.


Teng perlu mengemukakan notis memaklumkan kekosongan kerusi itu kepada SPR sebelum suruhjaya itu bermesyuarat menentukan kekosongan itu berlaku atau tidak.


Sehingga keputusan itu, Badrul Hisham mungkin boleh hadir pada sidang DUN Isnin ini.


Jika ini berlaku, kerajaan pakatan pembangkang di Selangor tidak cukup majoriti dua pertiga bagi meminda undang-undang tubuh negeri yang kononnya mahu mengembalikan kuasa Sultan dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.

Muslihatnya mudah saja ia tidak lebih untuk kepentingan kuasa Menteri Besar sahaja dan buat bising kononnya pakatan pembangkang adalah juara pembela institusi Raja.

Sebaliknya tindak tanduk kerajaan pimpinan Khalid terhadap Istana Selangor sepanjang isu Khusrin dan sikap tidak hormat mereka pada istana Perak semasa hilang kuasa tidak lama dulu sudah cukup untuk memberi gambaran. - 19/1/2011


AgendaDaily

‘Janganlah beta diseret’




[caption id="attachment_43" align="alignleft" width="300" caption="Sultan Sharafuddin tidak mahu diheret dan dilibatkan dalam kancah politik oleh pihak tidak bertanggungjawab."][/caption]

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan harapan agar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin ini berlangsung dalam keadaan teratur.

Bagaimanapun dalam perutusan bertarikh 14 Januari lalu, Sultan Sharafuddin tidak mahu tindakan baginda menandatangani proklamasi untuk memanggil Sidang DUN disalah erti kononnya baginda menyokong mana-mana pihak.


“Proklamasi ini ditandatangani beta selaras dengan kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan kepada beta di bawah Perkara LXX (1) dan LV(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.


“Janganlah hendaknya perjalanan kuasa beta menandatangani proklamasi ini disalah ertikan bahawa beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-man pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.


Perutusan tersebut yang diedarkan kepada media hari ini turut diserahkan kepada semua ADUN di Selangor termasuk Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim.


Sidang DUN itu diadakan berikutan usaha kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mahu meminda perlembagaan negeri berhubung mengembalikan kuasa kepada menteri bagi melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan dan Penasihat Undang-undang negeri.


Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan baginda telah menerima dan meneliti draf pindaan Perkara LII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang akan dibawa ke sidang DUN itu.


“Bagaimanapun, baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor untuk menilai sama ada pindaan itu wajar diluluskan atau tidak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

BN hadir tetapi tolak cadangan pinda




[caption id="attachment_38" align="alignleft" width="300" caption="NOH Omar (dua dari kanan) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan UMNO Selangor, di Shah Alam, semalam."][/caption]

SHAH ALAM 20 Jan. – Barisan Nasional (BN) Selangor memutuskan menolak langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi memberikan kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).


Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pendirian itu dibuat hasil daripada mesyuarat melibatkan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan seorang ADUN Bebas, di sini, hari ini.


Katanya, walaupun kesemua ADUN BN akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan khas untuk tujuan itu, pada Isnin ini ia tidak bermakna mereka menyokong pindaan berkenaan.


Pendirian BN itu tegas Noh disebabkan, pindaan berkenaan hakikatnya bagi membolehkan Menteri Besar mempunyai kuasa melantik SUK termasuklah kuasa menasihati Sultan Selangor.


“Pindaan ini dibuat kerana Menteri Besar tidak ada kuasa dalam melantik SUK. Sebenarnya Menteri Besar bukan mahu memberikan kuasa kepada Sultan Selangor, tetapi dia mahukan kuasa dalam keputusan yang dibuat oleh baginda melalui ‘nasihat daripada Menteri Besar’.


“Malah, pindaan ini juga kita dapati merupakan satu kerja yang sia-sia dan tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana peruntukan perlembagaan negeri sedia ada dalam pelantikan SUK tidak membelakangkan kuasa Sultan Selangor.


“Kita akan hadir dalam sidang DUN nanti kerana Sultan Selangor telah memperkenan dewan ini bersidang mengikut bidang kuasa baginda. Tetapi, perkenan baginda mengadakan sidang itu tidak bermakna baginda setuju dengan pindaan perlembagaan negeri, ia terpulang kepada dewan,” katanya.


Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Selangor tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman.


Dalam mesyuarat itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mengumumkan pelantikan ADUN Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun sebagai Timbalan Ketua Pembangkang negeri.


Dalam pada itu, Noh turut menyatakan bahawa pindaan yang mahu dilakukan oleh kerajaan negeri itu juga sebenarnya tidak logik.


Ini kerana katanya, cadangan pindaan itu sebenarnya berpunca daripada keengganan Menteri Besar menerima Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK meskipun telah diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini.


Malah, pindaan itu juga dilihat turut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana pelantikan SUK Selangor adalah sama seperti diamalkan di negeri-negeri Melayu bersekutu.


Pada masa yang sama, Noh turut menyelar sikap kerajaan negeri yang tidak telus meminda perlembagaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang draf pindaan itu diberikan kepada ADUN BN.


Katanya, Ketua Pembangkang negeri (Mohamad Satim) telah mengemukakan surat kepada Setiausaha DUN, pada Isnin lalu tetapi tidak sebarang mendapat maklum balas sehingga ke hari ini.


“Di mana ketelusan kerajaan negeri, mereka kata nak pinda perlembagaan negeri atas dasar kepentingan umum. Sepatutnya mereka berikan draf pindaan lebih awal untuk kita teliti dan bahaskan di dalam sidang DUN.


“Namun hingga ke hari ini tidak diberikan seolah-olah kerajaan negeri mahu ‘menyerang hendap’ ADUN BN pada sidang dewan itu nanti,” ujarnya.


Kenyataan Penuh UMNO Selangor


AHLI-AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Negeri Selangor menjunjung perkenan ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di atas pemahsyuran baginda mengenai persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri pada 24 haribulan Januari 2011 nanti.


Sebagai hamba rakyat, ADUN Barisan Nasional akan hadir demi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.


Kami sependapat Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak cuba mempolitikkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.Bhg. Dato’ Mohd. Khusrin Munawi ke tahap ini.


Kami khuatir bahawa ianya akan menjadi tindakan sia-sia yang akan menjejaskan urusan kerajaan dan ini tidak mendatangkan faedah kepada rakyat Selangor amnya. Sebaliknya hanya menjaga ego sorang Menteri Besar.


Kami merasakan tujuan beliau ialah hanya untuk memperkasakan (empower) beliau sebagai Menteri Besar dan bukan untuk tujuan yang lain.


Dalam pada itu kami, selaras dengan Perintah Tetap 48, Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor menuntut Speaker DUN atau Menteri Besar Selangor menyerahkan kepada kami kertas langkap deraf cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Selangor bagi membolehkan kami mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Kami menganggap tindakan kerajaan negeri untuk hanya membekalkan kepada kami deraf cadangan ini pada hari terakhir ataupun pada hari persidangan dewan itu diadakan sebagai taktik ‘“’serang hendap’.


Kami berpendapat gesaan ini adalah amat wajar memandangkan persidangan tergempar ini bukanlah satu persidangan yang biasa diadakan, Malahan ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana suatu persidangan perlu diadakan dalam keadaan tergesa-gesa dan terburu-buru apatah lagi ianya melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Selangor.


Malangnya hingga ke hari ini tidak seorangpun ADUN Barisan Nasional telah diberikan deraf lengkap pindaan perlembagaan itu kecuali apa yang telah dilaporkan oleh media massa mengenai cadangan pindaan kepada Artikel 52(1).


Kami merasakan cadangan pindaan ini sebagai bertentangan dan ‘ultra vires’ kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 74 Jadual ke 9 senarai negeri.


DATUK SERI NOH OMAR


Timbalan Pengerusi,


Badan Perhubungan UMNO Selangor



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Thursday, January 20, 2011

Arwah bapa sumber inspirasi

[caption id="attachment_48" align="alignleft" width="300" caption="MOHD. Azahar Ibrahim berdoa di kubur ibu bapanya, Allahyarham Ibrahim Daud dan Allahyarhamah Zainah Abdul Rahman serta Allahyarham Sulaiman Taha di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Merah, Labis, semalam."][/caption]

LABIS 20 Jan. - Sehari selepas diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, hari ini menziarahi pusara arwah bapanya dan juga menemui ahli keluarga serta saudara maranya untuk mendapatkan restu dan inspirasi sebelum beliau mengharungi cabaran menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.


Seawal pukul 9 pagi, beliau bersama adiknya, Mohd. Nor Saidil, 32, mengunjungi pusara bapanya, Allahyarham Ibrahim Daud di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Merah, di sini.


Beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit di pusara tersebut dan menyertai bacaan doa serta tahlil bersama-sama beberapa ahli keluarga dan penduduk kampung yang turut hadir.


Allahyarham bapanya meninggal dunia pada 2004 akibat serangan penyakit jantung.


Ibrahim merupakan bekas Ahli Dewan Negara sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tenang selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999.


Ketika di tanah perkuburan itu, Datin Seri Noraini Yaakop, 35, balu kepada ADUN Tenang, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, 59, yang meninggal dunia pada 17 Disember lalu, turut menziarahi pusara arwah suaminya.


Selepas meninggalkan tanah perkuburan itu, Mohd. Azahar yang mempunyai sembilan adik-beradik kemudian mengunjungi ahli keluarga dan sanak saudaranya di kawasan ini serta neneknya di Segamat.


Mohd. Azahar yang ditemui berkata, kekuatan semangat bapanya melaksanakan pelbagai tanggungjawab daripada menjadi penghulu mukim sehinggalah Ahli Dewan Negara dan kemudian sebagai ADUN Tenang, akan dijadikan sumber inspirasi sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Tenang sejurus penamaan calon pada Sabtu ini.


"Asam garam politik sudah ada dalam darah saya. Ini kerana, kami sekeluarga dah terdedah kepada politik apabila arwah ayah sendiri tidak menghalang kami menyertai aktiviti politik.


"Dua adik saya, Norshida dan Mohd. Nor Saidil juga menjejaki langkah arwah ayah. Norshida sekarang Ketua Puteri UMNO Segamat, manakala Mohd. Nor Saidil merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Sekijang," katanya.


Mohd. Azahar, 39, diumumkan sebagai calon oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan pemimpin dan penyokong parti di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Labis, di sini, petang semalam.


Sebelum ini, Pas telah mengumumkan Ketua Muslimat Pas Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang.


Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Allahyarham Sulaiman memenangi kerusi DUN Tenang selepas menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.


Ditanya mengenai rutin hariannya selepas diumumkan sebagai calon BN, Mohd. Azahar memberitahu:


"Malam tadi saya cuma dapat melelapkan mata pada pukul 2 pagi tadi kerana perlu melakukan pelbagai persiapan," katanya.


Sementara itu, mengenai cabaran yang bakal dihadapinya jika dipilih sebagai ADUN Tenang, beliau berkata, pengalamannya sebagai Penolong Pentadbir Daerah di Kluang, Segamat dan Rengit akan digunakannya untuk lebih mendekati masyarakat tempatan.


"Saya memahami masalah penduduk seperti isu permohonan tanah Felcra dan tapak rumah generasi kedua Felda di Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat. Jika terpilih, saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat di sini," katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm

Wednesday, January 19, 2011

Nizar tiada hak buat fatwa undi BN haram







[caption id="attachment_87" align="alignleft" width="252" caption="Nizar Jamaluddin"][/caption]

LABIS 21 Jan. - Timbalan Perdana Menteri hari ini menempelak bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana membuat 'fatwa' adalah haram mengundi calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, 30 Januari ini.


Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyifatkan isu itu 'cerita' lama yang sengaja dimainkan pemimpin Pas setiap kali calon Pas menentang BN pada pilihan raya.


"Soal pokok, ini adalah hak rakyat. Dalam perlembagaan negara dan sistem berparlimen, apabila ada pilihan raya, rakyat berhak untuk buat pilihan.


"Ini bukan hak Nizar untuk kata ia (undi) haram. Siapa dia pula nak jatuhkan hukum? Saya fikir orang Tenang ini bijak (memilih calon), sejak dari dulu tak ada masalah," katanya diminta mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang mendakwa mengundi calon BN adalah haram pada PRK DUN Tenang hujung bulan ini.


Muhyiddin ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak bangunan tambahan Sekolah Agama Labis, di sini, hari ini.


Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.


Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas sendiri sebenarnya telah 'melanggar' fatwa mereka kerana sebelum ini tidak membenarkan calon wanita bertanding pada pilihan raya.


"Dulu dia (Pas) kata wanita haram bertanding, tapi sekarang dia kata boleh bertanding. Sekarang dia sudah tak tahu nak pakai fatwa mana, tak tahu nak pakai asas agama apa," katanya.


Mengenai kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak atau sebaliknya dengan Pilihan Raya Umum Ke-13, Muhyiddin enggan mengulas lanjut kerana menyifatkan terlalu awal untuk berbuat demikian.

Saturday, January 15, 2011

Counting on the Malay vote

The Selangor crisis has shown that whoever wants to be in control in Selangor has to command Malay sentiment and support.


THE sea of people at the solat hajat last weekend surprised even the PAS leaders.


The crowd at the indoor stadium in Shah Alam where the mass prayers were held grew even bigger when the ceramah session began.


Pakatan politics in Selangor has often come across as being dominated by DAP and PKR but on that wet and drizzly night, PAS showed their clout in commanding an audience. And it was a very Selangor crowd because the cars around the stadium sported number plates with mostly Ws and Bs.




[caption id="attachment_70" align="alignnone" width="400" caption="Centre of attention: Khalid, who has been under the media spotlight, is under pressure to steer Selangor out of the crisis with the palace. "][/caption]

The gathering was to pray for divine intervention but there was no mistaking the political signals –PAS is not to be taken lightly in Selangor. The mass prayers, according to PAS central committee member Dr Zulkefly Ahmad, were initially meant to pray for Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“He needed a spiritual shot in the arm,” said Dr Dzulkefly who is also Kuala Selangor assemblyman.


The sodomy trial is not going well and his mood sank even lower following the trouble-riddled polls in his party. But what really got to him were the attacks from all those friends-turned-foes, which doesn’t say much about his choice of friends.


Then the Selangor crisis exploded and they found themselves also praying for the survival of the state government.


“We are under siege, it’s only natural to seek help from upstairs,” said Selangor PKR secretary Hamidi Hassan.





[caption id="attachment_71" align="alignleft" width="150" caption="Mohd Zin: ‘We have a fighting chance of winning back Selangor’"][/caption]

But the crowd was there also to get answers for two things. One was the Christmas eve dinner that the two top PAS leaders had with the King and Umno’s top two leaders. The other is the Selangor crisis which has spilled over onto issues of loyalty to the palace.

None of the speakers that night really shed light on these issues, though.


Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim was his usual rambling self, his sentences hanging in mid-air.


Anwar, on the other hand, was not his usual self. There were no jokes or singing; he knew such behaviour would not sit well on the PAS crowd.


People were puzzled that he could describe the crisis as “perkara kecil” or “a small matter.” Was he trying to downplay the controversy or was he saying that Khalid has allowed something minor to escalate into a big thing?


Datuk Nik Aziz Nik Mat and Datuk Seri Hadi Awang steered clear of the topic regarding their dinner date with the King and delivered what were essentially religious lectures.


The pressure on Khalid’s administration began last year. Part of it was internally generated, for example, the Ronnie Liu scandal and sand-mining controversy.


On top of that, the Barisan and especially Umno have put their act together and started to reassert themselves. Former Mentri Besar Dr Mohd Khir Toyo has been taken to court over the purchase of his Balinese-style villa and those connected to the Port Klang Free Trade Zone fiasco are facing corruption charges.


Pakatan’s defeat in Hulu Selangor was the first wake-up call. The voting pattern showed that the Malay vote had shifted in Barisan’s favour.


In fact, the Umno mantra in Selangor of late has been that “the Malay vote has come back to us.”


Events in the wake of the Selangor crisis have been another important wake-up call.





[caption id="attachment_72" align="alignright" width="150" caption="Dr Dzulkefly: ‘Malays want assurances’"][/caption]

The palace is a key symbol of the Malay position and Pakatan has not come out well in the issue. Khalid’s handling of the crisis gave the impression that Pakatan is out to challenge the palace.

PAS and PKR have been painted as being less than Malay while the DAP is portrayed as having an axe to grind with the royals after their fall in Perak.


There has been a string of protests against Seri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei for his alleged insults on the Sultan. And while Malay groups have been demonstrating in defence of the Sultan, Pakatan has been marching to defend Khalid.


“Among some Malays, there is this anxiety bordering on fear that PAS is beholden to DAP and PKR,” admitted Dr Dzulkefly.


These are the concerns among what he calls the Malay middleground which comprises about 8% to 15% of voters in Selangor.


“They are looking for assurance that PAS can protect their Malay position and they want guarantees on the kind of economic position they have experienced under Umno. They also want assurances on the position of Islam. They are asking if Pakatan will be able to guarantee these political, economic and religious priorities,” said Dr Dzulkefly.


Just as Umno cannot afford to forego these concerns, PAS as the Malay party in the alliance is now looking at how to address it.


Selangor has a total of 56 state seats, of which 35 are with Pakatan, 20 with Barisan and one is independent.


Pakatan won very well in 17 of these seats, securing more than 60% of the votes. These were mainly seats with a high percentage of Chinese and Indians. Another 18 Pakatan seats are considered marginal, won with 51% to 59% of total votes.


The bulk of Barisan’s 20 seats were won by Umno and with less than 60% of the votes. Umno’s rationale is that the Malay vote has returned and they are likely to improve on the seats they now hold. It is eyeing Pakatan’s marginal seats especially the Malay-majority ones.


1Malaysia state


Selangor is what Selangor Umno secretary Datuk Mohd Zin Mohamad calls the “template state” for the country – 49% Malay, 38% Chinese and 13% Indian and others. Or what some call a “1Malaysia state”.


At the same time, its 1.6 million voters are among the most discerning and informed in the country and more than 30% of them have gone to college or university.


According to Barisan’s internal reading, 22 state seats are deemed “black,” meaning impossible to wrest back and five are rated as “challenging.”


Of the remaining 29 seats, 10 are rated as “potential,” 12 as “okay” and seven as “safe.”





[caption id="attachment_73" align="alignleft" width="150" caption="Shuhaimi: Political career in jeopardy over remarks about Sultan."][/caption]

That would mean a sort of 50:50 situation since either side only needs a minimum of 29 seats to form a simple majority government.

But privately, Umno politicians think that up to 35 seats are with Barisan, providing there is no further slide.


“We’ve been working, rebuilding our image, doing our research. I don’t want to be over-confident, what I can say is we have a fighting chance, we are within striking distance,” said Mohd Zin who is also Sepang MP.


The Chinese vote in Selangor remains Barisan’s stumbling block and DAP’s bedrock. Chinese sentiment towards Barisan has softened but has not shifted.


The Chinese middle class in Selangor are a very powerful and independent group, not very different from the Malay middleground except that they are swayed by a different set of issues.


Barisan politicians often say they would be happy if the 30% or so support they have from the Chinese does not slide any further.


The battle as such will be for the Malay vote, namely the Malay middleground that Dr Dzulkefly talked about and the younger Malay voters.


“The Malay middle ground will be the real players of the new politics. We have to watch out too for the younger Malay voters who will be voting for the first time.


“They are into Facebook and Twitter, basically social media citizens and harder to define and read. But they could very well be the defining factor in the next election,” said Dr Dzulkefly.


The election is still a dot on the horizon but the battle for Selangor has begun.



http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2011/1/16/columnists/joceline/7795040&sec=joceline

Tuesday, January 11, 2011

Big time politics or just overkill?

The move to amend the Selangor Constitution is on but is the Mentri Besar beefing up the powers of the Sultan or is he tinkering to settle a political problem


THE last couple of weeks must have felt like a long baptism of fire for Shuhaimi Shafiei, the assemblyman for Sri Muda.


Posters bearing the handsome face of the PKR politician have been set on fire and red paint splashed all over the front of his service centre. The police have been after him for a blog posting that was seen as casting aspersions on the Sultan of Selangor and the Malay papers have accused him of derhaka or treachery to the throne.


And if all that was not enough, SMSes, allegedly from his office, went out to several news outlets early yesterday morning that he would be resigning his Sri Muda seat.


Pressmen rushed to his service centre but found it closed and locked up.


The red paint on the pavement and entrance had been cleaned up but there were still traces of the vandalism on the signboard, a reminder that his woes are far from over.


But the resignation rumour was apparently not entirely a rumour.


Shuhaimi, a first-term assemblyman, has been under immense pressure.


He is finding it hard to take the endless attacks and criticism. But more than that, he feels he is not getting enough support from his party and the state government.


Very few of his party leaders have come out to defend him – nobody wants to be splashed with the red paint of treachery.


Party sources said Shuhaimi was so fed up and stressed out that he has been talking about quitting.


He has been talked out of it, for now at least.


Shuhaimi and Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim have become the unwilling poster boys of Pakatan Rakyat’s problem with the palace.


Banners bearing slogans and messages critical of the Selangor palace have been springing up in parts of Selangor.


Pakatan politicians have denied putting these up and have been tearing these down.


The Sultan has said that Datuk Mohd Khusrin Munawi should be allowed to carry out his full duties as state secretary.


This was stated openly at a formal palace function and many people cannot help but see Khalid’s continued rejection of Khusrin as spurning the palace.


Khalid is banking on the special sitting of the State Legislative Assembly on Jan 24 to put the matter to rest.


His administration is engineering an enactment that will restore the powers enjoyed by the Sultan before the 1993 amendments to the Federal Constitution and allow the state a say in appointing top executives.


His side is selling it as a move that will empower the Sultan.


They do not have the two-thirds majority needed for the amendment but the strategy is that if the bill fails, it will be because the Barisan Nasional bench did not go along and that would mean Barisan is against more power to the palace.


The argument sounds fine except for one major flaw – it smacks of tinkering with the Constitution to settle what is essentially a political problem.


“I have mixed feelings about amending the Constitution, we are in the 21st century and it would make better sense to give more power to the politically elected than to the monarchy,” said a constitutional lawyer sympathetic to Pakatan causes.


Khalid is attempting what Tun Dr Mahathir Mohamad did in 1993 except in a reverse manner.


The then Prime Minister was slammed for tampering with the Federal Constitution for his own political agenda and it took some 10 years before people could look back and admit that the move benefited the people.


“Amending the Constitution is not smart politics.


“It’s an overkill, like using an atomic bomb on a mosquito. Moreover, no one has seen the proposed amendment.


“We don’t know if it will be better than the present one,” said the above lawyer.


Khalid has claimed that his government is giving back to the Sultan what Dr Mahathir took away.


Very few would believe Khalid is doing it out of devotion to the Sultan.


The Umno side has pointed out that if Khalid is a true royalist, he would put aside his pride, swallow the bitterness and tolerate Khus-rin.


“They are treating the State Constitution like a political toy and the state assembly as their political playground.


“It is not right,” said Sepang MP Datuk Mohd Zin Mohamad, who is also Selangor Umno secretary.


Pakatan sources suggest that PAS leaders are uncomfortable with the move.


They have had a taste of the overwhelming powers of the palace and are wary of the royals having the last word on state matters.


This was apparently brought up at a meeting between top PAS and PKR leaders on Sunday shortly before they convened for their sembahyang hajat gathering in Shah Alam. But they were assured that the proposed amendment would not succeed and that the aim is to demonstrate that the state government is not against the Sultan.


Another concern is the way Khalid is going about it. Mooted just about three weeks ago, the bill will be tabled in less than two weeks’ time.


Some say the rush is so that they can bring the outcome to the Tenang by-election and quash the perception that they are not with the palace.


“This is the about the Constitution. They should publicise the proposed enactment so that it can be studied and discussed by citizens’ groups and legal experts,” said Umno’s Mohd Zin.


And as some pointed out, even Dr Mahathir went round the country to explain his agenda before he pushed it through. Khalid, they feel, should have done more explaining to Selangorians.


Khalid is seen as the least political of politicians but he is playing big-time politics with the Constitution.


http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2011/1/13/columnists/joceline/7783749&sec=joceline