Thursday, February 3, 2011

Pelajar Malaysia jadi macam Tom Hank dalam filem The Terminal di Lapangan Terbang Kaherah


Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah
Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah
Ini kisah benar yang menyebabkan kami para media yang buat liputan di Mesir terkejut beruk. Bukan apa, bila dapat tahu, pelajar Malaysia berdemo sama.
Tambah mengejutkan kami bila tahu yang berdemo itu 14 orang yang berumur 19 tahun. Cerita dari mulut ke mulut itu menyebabkan kami yang baru tiba dengan pesawat misi bantuan Air Asia kira-kira jam 4 petang waktu Mesir (10 malam Malaysia) jenuh cari mana budak-budak berani tu.

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah masa kami sampai itu ratusan pelajar Malaysia tengah duduk santai atas jalan. Berkumpul berdasarkan negeri masing-masing.
Cari punya cari jumpalah budak-budak pengajian perubatan dari universiti Alexendaria, Mansoura dan Al Azhar itu, kami mula temubual sorang-sorang.
Mereka mengaku, mereka demo, ramai-ramai, lelaki dan perempuan.
Tapi bukan pasai nak suruh sapa-sapa letak jawatan, sebaliknya geram dengan pengurusan EgyptAir yang asyik tangguhkan penerbangan pulang ke Malaysia.
Menurut Zulaika Zamri, 19, mereka sudah tidur di lapangan terbang itu sejak 27 Januari lagi.
“Kami datang ke sini untuk hantar kawan balik,tiba-tiba kami terperangkap,jadi rusuhan dan sebagainya.
“Kami pun risau, nak balik sama, masa itu masih boleh hubungi keluarga,keluarga di Malaysia kumpulkan duit beli tiket dan bagi kod pada kami, satu tiket harga lebih RM2000.
“Masalahnya bila asyik tangguh saja, sampailah pada 1 haribulan, kami ramai-ramai buat playcard tanda bantahan,”kata dia ceria.
Rupa-rupanya mereka bukanlah berdemo melalak menjerit macam yang selalu kita tengok dalam TV. Sebaliknya lebih kepada protes diam.
Nasib mereka baik, kerana sebaik kami tiba, sewaktu pelajar-pelajar Malaysia sedang dipindahkan ke Jeddah dalam penerbangan kedua, mereka ‘diselit’ sama.
14 orang pelajar yang berani dan terkandas di lapangan terbang selama seminggu..... laporan terusnya dan foto disini
Baca seterusnya laporan wartawan Agendadaily yang berada di Kaherah, Mesir

No comments:

Post a Comment