[caption id="attachment_832" align="alignnone" width="174" caption="Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamed"]
Dato' Seri Mohd Najib malam tadi mengumumkan perlantikan Dato' Seri Mohd Zin Mohamed sebagai setiausaha Badan Perhububgan UMNO Selangor menggantikan Dato Mohd Satim Diman.
Peerlantikan Dato' Seri Ir Mohd Zin yang juga Ketua UMNO Bahagian Sepang diumumkan didalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dipengerusikan oleh Dato' Seri Mohd Najib. Najib kekal menerajui UMNO Selangor selepas rombakan pengerusi UMNO di kebanyakan negeri.
Dato' Mohd Satim pula diumumkan untuk dicadangkan sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor menggantikan Dato' Seri Mohamad Khir Toyo yang telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. Sebelum ini Dato' Mohd Satim merupakan setiausaha UMNO Selangor.
Tiada perubahan jawatan didalam Barisan Nasional Selangor yang juga di pengerusikan oleh Dato' Sri Mohd Najib. Dato' Mohamed Idris Abu Bakar kekal sebagai Setiausaha dan Bendahari Dato Faizal.
Dalam mesyuatat tersebut Dato' Seri Mohd Najib juga menggesa semua pemimpin UMNO dan BN di Negeri Selangor supaya memberikan komitmen 110% dalam usaha memenangi semula hati rakyat bagi mengembalikan Selangor dibawah pemerintahan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment