Beliau bercerita mengenai sebuah kisah rakyat popular di Kalumpang mengenai kisah 3 ekor berok . Menarik kisahnya boleh dijadikan tauladan.
Kisah berok 1# Dahulu dia ada membela seekor berok untuk dijadikan hewan peliharaan. Beliau terjumpa berok itu di hutan kerana ada pemburu yg menembak mati ibu berok tersebut. setelah lama dipelihara dan amat rapat dengan berok itu beliau sering tidak mengikat berok nya kerana mula mempercayai berok tersebut. Lama kelamaan , ramailah jiran-jiran kampungnya yg merungut tentang berok nya itu yg sering mencuri makanan di rumah jiran-jiran sekampungnya. Â Mahu tak mahu dia terpkasa menyerahkan berok nya itu kepada zoo demi keselamatan dan keharmonian penduduk sekampungnya. Dia kata dgn nada selamba, ' Lebih kurang macam Anwar lah dilepaskan drp penjara...'
Kisah berok 2# Dahulu rakannya ada membela sekawan berok kerana mata pencarian kawan nya itu mengambil upah memetik buah nyior di kg. Dlm sekawan berok itu adalah seekor berok jantan yg agak bengis dan bersifat menguasai, Setiapkali diberikan makanan, makanan berok-berok lain juga diambil. Malah, apabila disuruh buat kerja memanjat pokok nyior, berok jantan itu akan mengakalkan tuannya dengan berpura-pura sakit perot. Oleh kerana tidak tahan dengan perangai berok jantan itu yg merosakkan berok-berok lain, maka kawan nya mengambil keputusan utk mengurung terus berok jantan itu. Dia kata, " Itulah kalau tak pandai bergaul dan hormat kepada tuan rumah ... '
Kisah berok 3 # Dia pernah terserempak dgn seekor berok besar di tepi jalan menuju ke Kuala Kubu Bharu berhampiran dengan masjid Kuala Kubu Bharu tempohari. Â Ramai orang gelihati dengan gelagat berok besar tersebut kerana telah memetik bunga-bunga kemboja yg ada. Berok itu gelisah kerana diperhatikan ramai orang, dan mula menunjukkan reaksi kurang senang dan melakukan aksi membaling batu ke arah orang ramai tersebut dengan harapan orang ramai akan beredar dari situ. Oleh kerana berok besar itu semakin ganas, pihak bomba telah dipanggil dan memancut air kpd berok tersebut utk menenangkannya. Akhirnya berok besar itu dpt ditangkap dan menyebabkan kecederaan kepada 3 org. Katanya,' Kalau dah berok itu pakai alphard pun tetap berok juga, mcm berok besar tu dh dpt bunga tp nak mengganas jugak ..."
No comments:
Post a Comment